Wednesday, 23 December 2015

Boommm

Kononnya nak menyumbang untuk ummah. Kononnya nak berdakwah kepada masyarakat. Kononnya nak bawa Islam kepada orang sekeliling.

Tapi macam mana dengan usaha?

Kelaut.

Ilmunya pula?

Kelaut.

Amal ibadahnya?

Kelaut.

Tahu cakap je. Tapi tak tahu nak buat. Sebab dah rasa diri sendiri tu hebat. Rasa megah. Dah rasa cukup ilmu di dada. Kamon lah. Jangan sampai suatu hari nanti, kau terpaksa gigit jari menanggung malu sebab orang yang kau pandang rendah itu sebenarnya punya ilmu yang lagi banyak dari kau.

Hey! Sedar lah. Jangan asyik sangat duk bermimpi. Sebelum nak jaja kehebatan diri, check dulu. Solat subuh kau tu pukul berapa? Al-quran baca ke tidak? Hafal ke tidak? Hadith 40 yang basic tu pun dah hadam ke? Dah faham betul-betul ke?

Bangun lah. Bangunnnnnn. Kau tu siapa nak rasa hebat. Nak rasa berilmu. Nak rasa gah. Nak dipuji. Nak disanjung. Nak dihormat?

Sedar weh. Allah dah banyak kali tegur. Allah dah banyak kali bagi petunjuk. Tak cukup lagi ke hah?

Ummat tengah tenat. Boleh pulak kau nak bersenang-lenang tengok citer korea. Tengok anime. Tidur sampai pukul 12 tengah hari. Bilik tunggang-langgang.

Kau kata nak berpegang dengan akidah perjuangan ini. Tapi sejauh mana pegangan kau pada akidah ini? Jangan ingat dengan kau pergi majlis2 ilmu tu semua, kau tu hebat. Belum tentu ade berkat dalam ilmu yang kau dapat tu.

Wake up!! Masih banyak yang kau kena belajar. Masih banyak ilmu agama yang kau kene dalami. Banyak lagi weh. Ilmu Allah tu kan luas. Perjuangan kau dalam mwnuntut ilmu takkan pernah habis. Sedar lah. Udah2 lah tu nak bermimpi.

Ilmu itu kunci untuk kau berdakwah, kau tahu tak? Kau nak berdakwah apa kalau kau takde ilmu hah? Nak goreng ikut akal fikiran kau? Jangan weh. Kau tu bukan ulamak.

Dah. Bangun eh. Jangan lagho. Ingat Allah selalu. Buang ego dalam diri. Pergi belajar. Dan jangan pernah rasa cukup dalam belajar. Dalam pada itu, tawadhuk lah. Jangan pandang rendah kepada orang lain. Hati mereka barangkali lagi suci dari kamu. Jangan pernah menilai dan menghukum orang lain. Itu kerja Allah. Tau?

Friday, 27 November 2015

Suatu keinginan

Melihat figura-figura di alam maya merantau jauh ke negara orang, buat aku cemburu buta. Mereka punya wang. Mereka punya masa. Mereka punya kebebasan. Yang mana semua itu tak dapat aku rasai.

Alangkah indah andai impian bisa akhirnya menjadi suatu realiti. Andai angan panjang yang diidamkan saban hari, akhirnya bisa terlaksana pada hari ini. Hakikatnya cita dan impianku banyak sekali. Menggunung tinggi dan berderet panjang. Aku ingin ke sana. Aku ingin ke situ. Aku mahukan ini. Aku dambakan itu. Banyak. Namun satu pun masih belum mampu untuk aku capai.

Lantas aku renung batang tubuh sendiri, yang sedang nyenyak berbaring di atas katil empuk. Sedangkan tugasan masih banyak yang terbengkalai di atas meja, malah mungkin ada yang sudah tamat tempoh waktunya. Dan aku masih tertiarap selesa berpelukkan bantal dan selimut.

Mana mungkin impian dan cita dapat digapai andai kesenangan dan kemewahan yang menjadi tabiat. Mustahil. Mustahil cita akan tercapai kalau duduk bersahaja itu menjadi hobi saban waktu. Telefon pintar berskrin sentuh pula seakan teman akrab yang tak pernah dilepas genggamnya oleh tangan. Sedangkan benda alah itu takkan mampu membantu aku mengejar cita-cita.

Namun untuk aku bangkit dan terus berusaha, aku tak punya kudrat. Jiwa aku masih belum cukup kuat untuk terus menerus mengerahkan segala keringat demi cita dan impian. Mungkin kerna aku masih jauh. Tak mungkin akan aku mampu untuk gapai cita-cita tanpa sokongan dari seseorang. Atau mungkin itu hanya alasan, yang aku cipta untuk mengaburi hakikat bahawa keinginan aku sebenarnya masih belum kuat. Hati aku mungkin masih belum bersungguh untuk dapatkan apa yang aku mahu.

Mungkin sudah tiba masanya untuk aku bangun. Untuk aku mulakan langkah pertama, ke arah suatu perubahan. Barangkali hanya suatu perubahan kecil yang mampu aku cipta. Barangkali perubahan itu tak terlihat pun dek mata kasar. Barangkali tiada yang nelihat pun penat lelah aku, tapi aku yakin. Ada DIA yang sedang memerhati.

Allahu yusahhil umuruna.

Wahai tuhan yang mebolak-balikkan hati kami, tetapkanlah hati-hati kami pada agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu.

Bantulah aku andai aku rebah. Kenanglah aku dalam doamu. Pimpinlah aku kepada redha-Nya.

Monday, 23 November 2015

Kamu pernah futur?

"hangpa macam mana sekarang?"

"Alhamdulillah sehat"

"Pernah tak rasa macam nak futur? "

"....."

"???"

"Selalu."

#####

"Kau dah makan? Mahu aku suapkan apa ya hari ni? Atau kau mahu menu tambahan lagi hari ini? "

"Apa khabar kau hari ini? Sihatkah kau? Mahukan apa-apa yang istimewa?"

"Kau sakit ya hari ini? Mahukan apa-apa penawar? Atau ingin terus sahaja kekal sakit begitu?"

Iman itu perlu dijaga. Perlu dipelihara. Perlu diawasi. Perlu sentiasa diketuk pintunya. Perlu ditanya akan khabarnya.

Kadang kamu lupa pada dia yang menjaga dan melindungi diri kamu dari maksiat. Maka sang makhluk bergelar syaitan dan nafsu mula mendekat tanpa kamu sedar. Mata hati kamu seolah dipukau akan keindahan maksiat yang hakikatnya jijik dan busuk. Dan anggota kamu yang dahulunya dikawal erat oleh sang iman mula diceroboh dan dijajah untuk melakukan kemungkaran. Nauzubillah.

Allah kata, ".. Hanya dengan mengingati aku, hati akan menjadi tenang"

Tapi kemahuan kamu lebih besar ke arah keindahan dunia. Maka kalam Allah yang agung itu seakan tiada kesan sebesar zarah pun pada jiwa kamu. Lantas kamu masih menyoal pada diri,

" kenapa aku begini dan begitu? "

" kenapa aku berbuat begini dan begitu? "

" kenapa hati aku terasa kosong? "

Sedangkan Allah berkali-kali memanggil kamu kepada-Nya. Kamu abaikan. Bahkan kekadang kamu tutup lubang telinga kamu. Lalu mahu disalahkan keadaan sekeliling yang menarik kamu jauh dari-Nya?

Cuba buka mata. Lawan rasa mengantuk. Kerna mimpi bukan suatu realiti.

Maka buka mata hati. Mujahadah melawan nafsu. Kerna dunia hanya suatu persinggahan.

Hakikat hidup ini jauh lebih besar. Bukan sekadar tersengguk di dalam kelas dan tersenyum malu seorang diri menonton drama melayu. Hakikat hidup ini hanya mampu kau fahami melalui suatu proses yang dipanggil tarbiyah. Tarbiyah ruhiyyah. Maka serahkan hati dan jiwa kamu kepada tarbiyah. Jangan sombong. Jangan kedekut. Kerna dalam tarbiyah, hanya Allah yang layak menilai.

Bila hakikat hidup sudah kau hadam, maka berangkat lah mencari mutiara ilmu. Kerna faham bukan tiket untuk ke syurga, tapi baru langkah pertama ke arah memburu redha sang pencipta.

Fastaqim kama umirtu. Maka setelah itu jangan ditoleh lagi ke belakang. Jalan ini, jalan orang-orang yang terpilih. Alangkah rugi andai kamu memilih untuk berputus asa. Teruskan berjalan. Dalam perjalanan itu, akan kamu temui insan-insan murni yang sedang sama-sama berjuang dengan kamu. Masa ke masa, ada antara kamu yang akan lelah. Maka bantulah mereka. Bawa mereka bersama. Supaya kelak di akhirat, kemanisan ukhuwah itu akan menyelamatkan kamu.

"iman, apa khabar mu hari ini?"

#####

Bila kau rasa lemah, ingatlah pada Allah.

"dan apabila hamba-hambaku bertanya tentang aku, sesungguhnya aku dekat... "
- Al-baqarah

Ana ramyun min rimaayatil Islam. Farmii aina maa syikta. Allahu yusahhil.

Monday, 19 October 2015

Aku mahu jadi qawiy

Dia mengadu pada aku, hafazannya makin lemah. Dia cakap, suasana untuk mengulang hafazan dah tak serancak dulu. Sahabat-sahabat yang sama-sama menghafaz dah kurang berminat bila diajak untuk mengulang sama-sama.

Dia bilang pada aku, musabaqah itu pemangkin bagi dirinya untuk mengulang hafazan. Dan bila tiada lagi musabaqah, maka hafazannya seolah-olah hambar.

Dia bagitahu pada aku, hafazannya kian lemah kerna tiadanya musabaqah.

Tapi bagi aku, mungkin aku yang menyebabkan hafazannya makin lemah. Makin hambar. Mungkin aku yang menghambarkan hidupnya. Kerna mungkin aku juga yang menjauhkan dia dengan Allah. Isk.

Aku tahu. Ikhtilat itu mampu menjauhkan aku dan dia dari Allah. Tapi mengapa aku terus sahaja berhubung tanpa ada rasa malu pada Allah? Tanpa ada rasa takut pada Allah?

Aku tahu. Satu masa nanti. Aku perlu tinggalkan dia. Bukan kerana aku bosan. Bukan kerana aku dah tak suka. Tapi kerana tanggungjawab sebagai abnaul harakah. Kerna dasar perjuangan yang aku bawa ini, bukan dasar yang biasa-biasa. Tapi suatu dasar kepada perjuangan mengajak manusia ke arah mengagungkan Allah, sekaligus menegakkan Islam atas muka bumi ini.

Bukan mudah. Bila hati sudah terpaut.

Namun redha Allah itu lebih menjadi keutamaanku. Kerna cintaku pada Allah dan Rasul, serta Islam itu lebih tinggi. Lebih utuh. Lebih indah.

Maafkan aku. Andai aku berlaku kejam. Pada kamu. Pada dia. Pada Islam. Pada Rasul. Bahkan pada Allah. Juga diriku sendiri. Kerna aku masih belum kuat. Untuk teguh berdiri atas jalan ini, tanpa dia di belakang.

Friday, 21 August 2015

Masihkah ada iman ?

Hidup sekarang.

Tadi celcom telan kredit RM12.00

Lepas tu mintak dengan adik. Adik bagi RM5.00

Masuk dekat fon, RM1.00

Lepas tu tak semena-mena tinggal 50 sen.

Bengang. Geram. Marah. Gigit bibir. Sumpah-seranah maki-hamun carut tak carut habis semua keluar.

Ingat bapak aku perdana menteri ? Yang senang-senang boleh dapat 2.6 billion masuk akaun bank ?

Buka twitter. Nak lepas geram. Tak ingat. Mobile data tak ada. Tak boleh nak menyumpah-maki dekat twitter.

Marah tak reda lagi. Geram dan bengang masih bercampur. Tak tahu nak lepas kat mana. Pastu tiba-tiba terfikir, "kenapa kalau aku happy ke, aku takut ke, aku bengang ke, aku malu ke, aku sedih ke, aku marah ke, kenapa bila aku rasa ada sesuatu nak luah, aku cari twitter dan whatsapp ? Dan wechat. Dan facebook. Dan blog.

Kenapa ? Aku tanya diri sendiri.

"Mungkin sebab orang lain sedang buat benda yang sama ?"

Kenapa aku nak buat benda yang orang lain buat ?

"Entah. Mungkin sebab nak perhatian ?"

Kenapa cari perhatian dekat twitter ? Kenapa nak orang bagi perhatian ?

"...."

Kenapa ?

"Mungkin sebab rasa diri ni tak cukup kasih sayang dari orang sekeliling. Atau sekadar nak tunjuk hebat. Nak show off pada kawan-kawan. Mungkin."

Kenapa diri sendiri rasa macam tu ? Mak ayah kan ada. Family kan ada. Kawan kan ada. Tak cukup lagi kasih sayang ?

"Entah. Mungkin bukan itu yang aku cari."

Habis tu ?

"Entah"

Kadang bila aku fikir balik, mudah benar aku ini terikut-ikut dengan peredaran semasa. Bila orang lain jadikan twitter sebagai medan untuk meraih perhatian manusia dengan retweet dan favourite, aku jadi terpengaruh. Rasa diheret sama. Bimbang kalau aku tak buat begitu, aku dianggap kampung.

Lalu aku berhenti sejenak dari memaki dan menyumpah si celcom.

"Kenapa tak mengadu pada Allah je ?"

Sentap. Teguran dari iman yang masih berbaki. Itu pun kalau ada. Isk.

Aku sedar. Makin lama, aku makin hanyut. Makin jauh dari Allah. Makin tenggelam dalam maksiat.

Kerana apa ?

Mungkin memang hati aku yang meletakkan dunia melebihi redha Allah. Astaghfirullah. =(

Kadang aku rasa rindu. Rindu untuk menangis di atas sejadah. Rindu ingin mengadu dengan Allah. Rindu ingin merasai ketenangan dalam hati tatkala segala rasa aku luah pada Allah. Aku rindu untuk kembali kepada Allah.

Aku cuba untuk menangis. Tapi tak mampu. Keras benar hati ini. Hitam benar jiwa ini.

Selalu. Aku menangis kerana memikirkan dosa yang menggunung. Tapi jarang. Aku menangis kerana nikmat dan kasih sayang yang Allah beri kepada aku.

Tak bersyukurkah aku ?

Kenapa, semakin hari aku semakin sombong ? Sombong dengan Allah. Aku lupa barangkali, segala apa yang aku miliku dan kecapi, segalanya dari Allah. Segalanya Allah kurniakan kepada aku, samada sebagai nikmat atau ujian. Atau mungkin kedua-duanya. Tapi aku menganggapnya sebagai resmi hidup. Kadang kau dapat nikmat, kadang kau dapat bencana. Kadang di atas, kadang di bawah.

Oh, bodohnya aku !

Lupakah aku pada Allah ? Yang memberi dan meminjamkan nikmat dan kesenangan kepada aku ?

Allah.

Mungkin ketamakan si celcom ini satu teguran buat aku, dari Allah.

Berhenti mencari cinta dunia. Berhenti mengejar kasih sang makhluk. Berhenti dari memburu kemegahan dan pujian.

Duduk sejenak. Cakap pada hati,

"Baliklah pada Allah"

Genggam tangan kanan. Letak pada dada.

Bisik pada iman yang masih berbaki,

"Aku hidup dan aku mati kerana Allah"

Astaghfirullah.

Cinta aku hanya pada yang hakiki.

fytroe.

Tuesday, 30 June 2015

Amarah

Marah
Benci
Geram
Menyampah

Semua rasa bersatu
Membuah dendam
Di suatu sudut
Sukma paling dalam

Entah mengapa
Enggan ia pergi
Gumpalan rasa itu
Dari jiwa ia terbang

Berkali setiap masa
Dibelai di ketuk
Radang amarah itu
Dibisik bayu maaf

Namun degil tetap membeku
Mencipta alasan terus membenci
Kerna jauh dari dalam
Maruah jiwa seakan terkhianati

Langkau berlalu masa berhari
Suatu rasa kekal membatu
Payah diregut kesumat di jiwa
Entah kenapa tiada bersebab

Ya Allah aku pohon, ampuni aku. Kerana menyimpan rasa marah ini.

Ya Allah aku pohon, bantu aku membuang rasa ini, dengan cara yang Engkau kehendaki

Ya Allah aku rayu, berikan aku kekuatan.

Wednesday, 10 June 2015

Lucy

Pernah tengok cerita Lucy ?

Kalau tak pernah, sila usaha supaya boleh tengok. Terutama kepada mereka yang minat sains.

Cerita tu tentang seorang pelajar universiti di China, dipaksa oleh boyfriend yang dia baru kenal seminggu untuk deliver something kepada pakcik gangster korea and it turns out 'something' itu adalah dadah yang baru dicipta, CPH4. Mamat (Baca : pakcik) gangster tu kemudiannya masukkan sepaket dadah CPH4 tu ke dalam perut dia (scary kan?) Untuk 'dipos' ke negara mana ntah. Sementara naik flight, dia 'dijaga' oleh sekumpulan gangster yang low-class  sikit (Baca : gangster jalanan) pastu entah macam mana ada sorang mamat ni sepak perut dia, (kat tempat diaorang letak paket dadah tu) and dadah tu bocor and masuk dalam salur darah dia. Kalau tak silap, dalam 500g jugak la. Then Lucy ni (lupa nak bagitau nama tadi), dia punya brain capacity meningkat daripada 10% (macam manusia normal) kepada 20% and so on (Ending citer tu dia sampai 100%). Hah lepas tu tengok laa sendiri kalau nak tahu apa jadi bila kapasiti human brain meningkat lebih dari normal (>10%).

Bagi aku it's quiet interesting la, bila ada cerita macam ni. Seolah-olah mereka cuba bagitahu pada masyarakat yang tak ada pengetahuan yang detail tentang human brain ni dalam bahasa mudah, walaupun semua itu hanya theory.

Semalam lepas tengok cerita Lucy ni, setelah sekian lama otak aku tak bekerja (I mean, tak berfikir secara mendalam), tiba-tiba ligat pulak otak aku berfikir tentang human brain ni. Then aku pergi ke persoalan-persoalan tentang evolution manusia.

"Kenapa manusia dulu besar, pastu sekarang dah makin kecik"

"Is it possible yang dinasour pon macam tu? Entah-entah harimau ni dulu asalnya dinasour pastu dia evolve jadi kecik macam sekarang"

"Kenapa manusia sekarang makin pendek umurnya?"

"Agak-agak ada kaitan tak evolution manusia yang semakin kecik secara fizikal dengan jangka hayat diaorang?"

"Adakah bila manusia semakin banyak berfikir untuk develop sampai jadi macam hari ni, membuatkan otak dia cepat tua and then umur semakin pendek? (Sebab orang yang banyak berfikir cepat tumbuh uban)"

"Atau adakah bila manusia nak sesuaikan diri dengan habitat dengan mengecilkan fizikal dia, membuatkan capasity otak dia meningkat dan manusia boleh berfikir dengan lebih dalam untuk develop sampai jadi macam hari ni?"

"Atau adakah manusia jadi kecik sebab development yang diaorang sendiri yang buat, jadi keadaan sekeliling yang semakin terjamin keselamatannya dan canggih membuatkan manusia tak perlu lagi jadi besar secara fizikalnya?"

"Atau adakah manusia jadi kecik sebab semakin hari semakin ramai manusia pastu kalau semua orang jadi besar, macam mana nak muat dalam bumi ni?"

"Agak-agak kewujudan orang kerdil ni dah ada sejak zaman nabi adam ke ?"

"Kalau zaman nabi adam dah ada orang kerdil, entah-entah manusia jadi makin kecik sebab manusia normal kahwin dengan orang kerdil pastu dapat anak yang normal tapi slightly kecik dari biasa pastu makin lama manusia normal jadi makin kecik"

Tak cukup pasal evolution manusia itu, aku terfikir pulak pasal memori manusia.

"Memori manusia disimpan dalam bentuk apa?"

"Betul ke memori kita disimpan kat otak? Bukan ke tulang sulbi itu organ pertama yang terbentuk masa dalam rahim?"

"Agak-agak boleh tak kita ekstrak memori seseorang? Tapi kalau nak ekstrak memori seseorang, kita kena tahu dulu memori itu disimpan di mana dan dalam bentuk apa"

"Betul ke setiap sel yang ada atas muka bumi ni sama ? Bukan ke setiap sel ade DNA tersendiri ? Atau adakah fungsi DNA ni macam suis jugak yang menentukan fungsi  setiap sel ni? (Kena belajar biologi level matrik baru paham pasal suis2 ni)"

Hahaha okay sampai situ je laa. Banyak berfikir menyebabkan otak aku penat dan aku jadi mengantuk.

Semua persoalan itu, aku rasa macam nak buat kajian je. Nak cari jawapan dia. Tapi kalau nak buat macam tu, aku kena kuburkan je laa impian aku nak study astrophysic, buat masa ni laa. In shaa Allah kalau ada kesempatan, aku nak cuba jugak cari peluang untuk belajar dan buat kajian tentang otak manusia ni but for this time being, aku nak fokus tentang astrophysics dulu.

Peace !

-fytroe-

Saturday, 30 May 2015

Salam maghrib

Biru langit semakin kelam
Terbang burung pulang ke sarang
Berangkat manusia dari segala duniawi
Persiap diri untuk yang maha Esa.

Aku merenung putihnya awan
Terkadang air mata mahu menitis
Rasa ini susah sekali untuk diungkap
Alangkah kerdilnya hamba ini.

Melambainya pohon kecil
Diiringi zikrullah
Berterbangan dedaun kering
Tunduk pada sang pencipta.

Namun aku masih di sini
Gelumang tanganku dengan maksiat
Kontang hati ini dari ibadah seorang hamba
Maka bilakah masanya aku akan bertaubat ?

-fytroe-

Wednesday, 13 May 2015

Bodoh

Bodoh.
Kenapa tidak dikunci hati itu pada Allah ?
Kenapa tidak dijaga hati itu demi Allah ?
Kenapa tidak disiram hati itu dengan taqwa kepada Allah?
Kenapa tidak diisi hati itu dengan kasih sayang Allah ?

Bodoh.
Di mana Allah dalam hati mu ?
Di mana Rasulullah SAW dalam hati mu ?
Di mana Al-Quran dalam hati mu ?
Di mana Islam dalam hati mu ?

Bodoh.
Bodoh.
Bodoh.

Kau kata hidup dan matimu semata-mata kerana Allah. Mana buktinya ?

Pada solatmu yang ditunaikan di akhir waktu ?
Pada hafazanmu yang tak dijaga ?
Pada tidurmu yang mengalahkan hibernasi seekor beruang ?
Pada tekunmu menghadap movie dan anime ?
Pada bacaan al-Quranmu yang sangat jarang ?
Pada solat-solat sunatmu yang entah ke mana ?
Pada ralitmu menghadap laman sosial berjam-jam ?
Pada lalainya kamu dalam menjaga ikhtilat ?
Pada thaqofahmu yang tak bertambah dan tak diamal ?

Bodoh.

Mana buktinya ?
Mana bukti engkau hamba Allah ?

Istighfarnya yang bukan selalu.
Selawatnya yang jarang sekali.
Qiamullainya yang tak pernah.

Bodoh.

Lantas pabila datangnya musibah, engkau menggigit jari tidak keruan. Tika itu baru dirasa ruang hati yang menghitam. Namun rasa itu kekal menjadi rasa, tersimpan elok, tiada gerak tindak yang terzahir.

Maka saat itu maksiat menyelubung.

Kata dan tindak seakan-akan tidak pernah memgenal celupan tarbiah.

Mujahadah iman melawan nafsu makin lembik menunduk mengah.

Yang akhirnya nafsu menguasai diri. Tiada lagi malu menjadi pendinding diri seorang muslimah. Tiada lagi ketegasan di setiap gerak kerja. Tiada lagi benteng yang memelihara ikhtilat.

Maka gelap hati itu diselubungi kehitaman dosa. Jauh dari Allah.

Bodoh.

Kerana lalainya engkau, suatu harapan telah ditabur kepada yang sedang mengharap.

Namun pabila iman diketuk hidayah, diri itu seakan-akan jaga dari tidur yang panjang.

Istighfar mula membasahi sekeping hati.

Namun maksiat yang lalu seakan-akan sedang menari di tubir mata.

Dan kerunsingan hidup bertambah. Bagaimana mahu diranap harapan palsu bersulam tipu yang tercipta tanpa sedar itu ?

Bodoh.

Kerana lekanya engkau dari Allah, tercipta segunung masalah menuntut penyelesaian. Sedang tanggungjawab sedia ada pun tak terlaksana.

Maka hari-harimu seakan-akan dikejar.

Oleh yang sedang mengharap.

Menuntut suatu harapan yang pernah dilakar.

Maka duhai muslimah, pergi lah engkau. Jauh dari gerbang ikhtilat. Jangan sesekali engkau berani melepasi sempadan malu dalam dirimu. Jangan disia-siakan acuan tarbiah yang dahulu pernah diterima.

Pergilah. Dekat menuju redha Allah. Kerjarlah cinta itu. Cinta suci yang abadi.

-Fytroe-

Gadis haraki

Salam perjuangan buat gadis-gadis haraki,
yang sedia menyerahkan harta dan jiwanya demi Allah,
yang hatinya terpasak a'qidah perjuangan yang kukuh,
yang teguh tanpa ragu-ragu,berintima’ dengan Harakah Islam yang semata- mata jelas perjuangannya demi menegakkan kalimah Allah
Hingga mencapai kemenangan atau syahid dipertengahan jalan,
Moga- moga hingga helaan nafas detik ini masih tsabat dan berkobar-kobar semangatnya ingin meneruskan perjuangan.

Saya mengenal perjuangan dengan penuh rasa takjub,
Kepada Allah yang menciptakan gadis-gadis haraki yang begitu degil, keras hati, dan tidak mudah mengalah dengan arus demi arus yang merintangi,
Semua itu ditanggapi sebagai proses tarbiyah yang menjadi makanan dalam perjuangan Islam,
Mulanya tertanya- tanya atas dasar apa mereka tidak tidur? berbagi kelas dengan meeting, usrah dan sebagainya?
Tapi akademiknya tidak lumpuh malah terus menerus dengan kecemerlangan.

Lewat dua tahun dahulu saya mula mengerti ketika saya mengenal perjuangan yang saya pilih, maka saya mengenal lebih dalam gadis-gadis haraki ini,dan mengerti,untuk siapakah keletihan mereka itu dicurahkan.

Gadis haraki bukan gadis yang berjalan penuh keayuan,
Bercakap dengan suara yang hampir tidak kedengaran,
Dia bukan juga gadis idaman dalam filem- filem cinta Islamik,
Juga bukan yang sentiasa menjinjing novel-novel cinta Islamik,
Jika anda mencari muslimat seperti itu, Maka jauhi gadis-gadis haraki,
Yang tega dan bersuara lantang,
bukan mengetepikan rasa malu yang sememangnya kembar bagi seorang muslimat,
Tetapi terpaksa menggadaikan prinsip selagi tidak bercanggah dengan syariat demi ummah.

Lihat sahaja muslimat- muslimat harakah Islam yang sanggup turun meredah banjir lumpur malah berasak- asak di tengah kota
di malam tahun baru demi menyampaikan dakwah Islam,
Ke pelosok kampung, malah ke luar negara yang dilanda bencana sekalipun.

Dan tentu sahaja si gadis-gadis haraki juga mahu menjadi seperti kekanda dan juga bonda mereka dalam medan perjuangan,
Justeru,
Gadis- gadis haraki teguh dan tegar menempuh cakap- cakap sindiran
Yang menyatakan mereka ini tidak tahu malu,
Tidak pandai menjaga diri dan sebagainya
Kerana gadis- gadis haraki ini sahajalah yang faham,
Mengapa mereka perlu turun
dan betapa besarnya peranan mereka
Bukan sekadar tinggal diam di rumah,
Menonton drama korea
Mahupun belajar semata- mata.
Kerana ummah yang rosak akhlaknya dan penuh dengan budaya jahiliyyah,
Sentiasa melambai- lambai menuntut gadis-gadis haraki turun,
Atau lainnya menjawab nanti di hadapan Allah,
itu pilihan bagi gadis- gadis haraki.

Bukan sedikit tukaran yang terpaksa di bayar gadis-gadis haraki ini,
Tentangan keluarga
yang tidak betah melihat anak gadisnya lincah kesana- kemari, sahabat- sahabat berbeza fikrah yang tidak akan mengerti,
Malah kadang kala gadis-gadis haraki tidak terlepas dari ujian cinta yang sentiasa mengejari,
Maka si gadis haraki terus menerus mohon ditsabatkan Allah
Dalam medan perjuangan ini sehingga akhir hayatnya,
kerana mereka sedar rantaian perjuangan Islam ini sentiasa silih berganti,
Maka mereka- mereka inilah yang bakal menjadi tampuk perjuangan
di masa hadapan nanti
Jadi terus-menerus si gadis haraki berdoa
Agar tidak futur di pertengahan jalan dan semangatnya mati.

Si gadis haraki
tidak penah jemu mengisi lompong-lompong dalam memahami perjuangan,
Sentiasa mengisi tsaqafah dengan bahan bacaan,
Rak bukunya penuh dengan makalah- makalah usrah,
kitab-kitab haraki, buku- buku perjuangan dan travelog perjuangan tokoh-tokoh gerakan Islam,
Tidak malu bertanya dengan ulama’
Dan tidak pernah penat menghadiri usrah dan liqa'-liqa' kefahaman,
Agar perjuangan dapat dipegang dengan kukuh,
kerana itu si gadis haraki tidak betah tinggal diam di rumah,
kerana dia harus melumatkan kefahamannya terlebih dahulu
sebelum memanggil gadis lain menyertai perjuangan ini.

Malah bukan sedikit si gadis haraki yang tidak mahu masuk ke gerbang perkahwinan kerana bimbangkan kekurangan komitmen yang akan diberikan kepada harakah Islamiyah pada masa hadapan,
Maka pejuang-pejuang harakah Islamiyah di luar sana,
jika anda inginkan suri hidup yang 24 jam di rumah, mengemas, mengulit si anak,
Tidak keluar berjuang sekalipun ke usrah,
Maka jauhilah gadis- gadis haraki,
Dan janganlah membantutkan semangat juang si gadis-gadis haraki.

Maka si gadis-gadis haraki,
teruslah pegangi akidah perjuangan ini, yakini, dan berakhlak seperti engkau yang telah ditarbiyah,
usah pernah berhenti, atau berniat untuk berehat sebentar,
Kerana perjuangan ini bersifat terus menerus dan memerlukan keistiqamahan,
Percayalah
Rehatmu yang awalnya dua bulan, bisa menjadi 4 bulan,setahun atau selama-lamanya engkau mungkin tidak akan menjejaki lagi jalan juang ini.

Usah pernah jemu nasihat-menasihati
kerana sahabat-sahabatmu bukanlah manusia sempurna,
yang kadangkala tewas dalam siri-siri ujian yang Allah timpakan
demi menguji keimanan mereka,
ribat tangan mereka sehingga ke hujung jalan,
Kekuatan ukhwah kerana Allah itu luar biasa genggaman hatinya,
Maka jagalah mereka seperti engkau menjaga dirimu sendiri.

Sememangnya tidak dapat kita nafikan betapa halusnya perasaan seorang muslimat,
Malah ramai dalam kalangan muslimat yang tewas hanya kerana ditegur dalam mesyuarat secara tidak berhikmah,
Ingin melarikan diri dari perjuangan semata-mata kerana merasa diri dipinggirkan berbanding teman-teman,
Justeru gadis-gadis haraki yang benar- benar ikhlas dalam perjuangan ini,
Ayuh! kita ketepikan soal hati dan perasaan dan sentiasa melatih diri
menjadi gadis-gadis haraki yang teguh hati dan sentiasa ikhlas dalam perjuangan,
Bukan kerana individu kita berjuang,
bukan jua kerana pangkat dan sanjungan tertentu,
tapi benar- benar kerana Allah!

Doakan saya terus tsabat,
terus berusaha untuk mantapkan diri seperti kalian,
Terus memperbanyak amalan,
sebab saya sangat cemburu melihat kalian,

Salam mujahidah sekencang dakwah =)

Cc: Nur Faten Fatihah binti Mat Lui

Tuesday, 28 April 2015

Matang

Sepuluh ditambah sembilan
Tidaklah dikatakan budak dari usia
Kelak ditambah satu
Maka kepala dua lah pada bilangannya

Dua puluh ditolak satu
Maka dari hari ke hari
Semakin berkuranglah yang satu itu
Kelah yang dua puluh itu pula ditambah

Lantas pikiran juga bertambah usianya
Kerna minda mula kenal erti hidup
Maka merangkaklah ia mencari yang haq
Bertatih menggali yang disembunyi

-fytroe-

Wednesday, 11 March 2015

Pendam

Bas lambat laa hari ni.

*post kat twitter*

Hari ni tetibe rajin nak buat homework.

*update kat wechat*

Geram betul aku dengan dia ni kan. Kau tahu tak si sengkuang tu tak habis2 nak ganggu hidup aku. Pot pet pot pet..

*Mengadu kat kawan*

Penat laa belajar, dengan homework nye yang tak cukup tangan nak siapkan, pastu assignment lagi. Letih laa camni...

*Call mak*

......

Sampai bila ?

Sampai bila nak hidup macam ni ?

Sikit-sikit nak mengeluh.

Sikit-sikit nak mengadu.

Sikit-sikit nak bengang.

Sikit-sikit nak marah.

Manja.

Lembik.

Dah laa manja, lembik, pastu nak bagitahu satu dunia.

Come on laa.

Sampai bila ?

Bila penat, post kat twitter.

Bila bosan, update kat wechat.

Bila rajin, update status facebook.

Bila bahagia, post gambar dekat instagram.

Sampai bila ?

Sampai mati ?

......

Sunday, 8 March 2015

Tidur

Tidur.

Hanyut dalam mimpi

Jangan sampai hanyut ketika jaga

Tidur.

Lena meredah mimpi

Jangan sampai lena ketika berjuang

Tidur.

Nyenyak dibuai mimpi

Jangan sampai nyenyak dalam mainan dunia

Tidur.

Jangan sampai lupa

Jalan ini masih panjang

Perjalanan menjejak redha Ilahi

Menyeru kepada yang haq

Mencegah dari yang mungkar

Jalan ini,

Jalan perjuangan kita

Agar nanti,

Sama-sama kita menjejak syurga.

-fytroe-





Si dia ?

Tak penat ke ?

Tak letih ke ?

Mencari yang tak akan jumpa

Mengejar yang sedang menjauh

Dah orang tak sudi

Buat apa nak kejar ?

Buat apa nak desak ?

Hidup ini bukannya tentang cinta semata-mata

Hidup ini ada tujuannya

Menjadi khalifah

Dengan menegakkan Islam dan menguruskan dunia berteraskannya

Menjadi hamba

Dengan taat dan patuh pada perintah dan larangan-Nya

Menjadi daie'

Dengan melaksanakan amaar makruf nahi munkar

Tak rasa membazir ke kalau usia muda ini disibukkan dengan cinta manusia ?

Tak rasa sia-sia ke hidup tanpa matlamat melainkan cinta manusia ?

Tak rasa malu ke pada Allah yang hadirkan rasa cinta dalam hati kau tu ?

Tak pernah terfikir ke semua ini ?

...

Kita kena jadi orang yang faham agama

Tak kisah lah latar belakang kau tu macam mana

Yang penting kau Islam

Fahamkan agama

Kalau tak, sampai bila-bila kau akan terus kejar cinta yang tak kemana

Fikir

Hati aku dan hati kau

Kita kena sama-sama jaga

Jangan kerana cinta, Allah kau belakangkan

Belajar

Lama-kelamaan kau akan faham

Dan kau akan berfikir

Semoga redha Allah sentiasa bersama

Kau dan aku

Kita semua

Sahabat.

-fytroe-

Saturday, 7 March 2015

Aku punya hati

Rebah

Jatuh

Tersungkur

Tak sanggup lagi mendongak

Kerna di hati ini

Sudah berkecai seribu rasa

Jauh

Kerdip cahaya memancar

Jauh

Satu suara memanggil

Sayup

Hanya hati yang bisa menangkap

Tunduk

Tak sanggup lagi mendongak

Kerna di hati ini

Sudah hancur seribu harapan

Pedih

Hanya tuhan yang tahu

Remuk

Kecewa

Mata dipejam

Gelap

Hitam

Sayup

Suara itu masih memanggil

Tunduk

Dan terus menunduk

Senyap

Tiada bunyi

Melainkan suara tangis

Empunya diri

Lama

Tangis itu seakan terhenti

Tubuhnya sudah letih

Tiada air mata

Yang mampu dititiskan lagi

Kecewanya dalam

Lukanya perit

Dia mahu terus begitu

Degil

Tak mampu lagi mendongak

Merenung langit biru

Kerna di hati ini

Malu

Untuk berada sebumbung dengan yang kuat

-fytroe-