Friday, 21 August 2015

Masihkah ada iman ?

Hidup sekarang.

Tadi celcom telan kredit RM12.00

Lepas tu mintak dengan adik. Adik bagi RM5.00

Masuk dekat fon, RM1.00

Lepas tu tak semena-mena tinggal 50 sen.

Bengang. Geram. Marah. Gigit bibir. Sumpah-seranah maki-hamun carut tak carut habis semua keluar.

Ingat bapak aku perdana menteri ? Yang senang-senang boleh dapat 2.6 billion masuk akaun bank ?

Buka twitter. Nak lepas geram. Tak ingat. Mobile data tak ada. Tak boleh nak menyumpah-maki dekat twitter.

Marah tak reda lagi. Geram dan bengang masih bercampur. Tak tahu nak lepas kat mana. Pastu tiba-tiba terfikir, "kenapa kalau aku happy ke, aku takut ke, aku bengang ke, aku malu ke, aku sedih ke, aku marah ke, kenapa bila aku rasa ada sesuatu nak luah, aku cari twitter dan whatsapp ? Dan wechat. Dan facebook. Dan blog.

Kenapa ? Aku tanya diri sendiri.

"Mungkin sebab orang lain sedang buat benda yang sama ?"

Kenapa aku nak buat benda yang orang lain buat ?

"Entah. Mungkin sebab nak perhatian ?"

Kenapa cari perhatian dekat twitter ? Kenapa nak orang bagi perhatian ?

"...."

Kenapa ?

"Mungkin sebab rasa diri ni tak cukup kasih sayang dari orang sekeliling. Atau sekadar nak tunjuk hebat. Nak show off pada kawan-kawan. Mungkin."

Kenapa diri sendiri rasa macam tu ? Mak ayah kan ada. Family kan ada. Kawan kan ada. Tak cukup lagi kasih sayang ?

"Entah. Mungkin bukan itu yang aku cari."

Habis tu ?

"Entah"

Kadang bila aku fikir balik, mudah benar aku ini terikut-ikut dengan peredaran semasa. Bila orang lain jadikan twitter sebagai medan untuk meraih perhatian manusia dengan retweet dan favourite, aku jadi terpengaruh. Rasa diheret sama. Bimbang kalau aku tak buat begitu, aku dianggap kampung.

Lalu aku berhenti sejenak dari memaki dan menyumpah si celcom.

"Kenapa tak mengadu pada Allah je ?"

Sentap. Teguran dari iman yang masih berbaki. Itu pun kalau ada. Isk.

Aku sedar. Makin lama, aku makin hanyut. Makin jauh dari Allah. Makin tenggelam dalam maksiat.

Kerana apa ?

Mungkin memang hati aku yang meletakkan dunia melebihi redha Allah. Astaghfirullah. =(

Kadang aku rasa rindu. Rindu untuk menangis di atas sejadah. Rindu ingin mengadu dengan Allah. Rindu ingin merasai ketenangan dalam hati tatkala segala rasa aku luah pada Allah. Aku rindu untuk kembali kepada Allah.

Aku cuba untuk menangis. Tapi tak mampu. Keras benar hati ini. Hitam benar jiwa ini.

Selalu. Aku menangis kerana memikirkan dosa yang menggunung. Tapi jarang. Aku menangis kerana nikmat dan kasih sayang yang Allah beri kepada aku.

Tak bersyukurkah aku ?

Kenapa, semakin hari aku semakin sombong ? Sombong dengan Allah. Aku lupa barangkali, segala apa yang aku miliku dan kecapi, segalanya dari Allah. Segalanya Allah kurniakan kepada aku, samada sebagai nikmat atau ujian. Atau mungkin kedua-duanya. Tapi aku menganggapnya sebagai resmi hidup. Kadang kau dapat nikmat, kadang kau dapat bencana. Kadang di atas, kadang di bawah.

Oh, bodohnya aku !

Lupakah aku pada Allah ? Yang memberi dan meminjamkan nikmat dan kesenangan kepada aku ?

Allah.

Mungkin ketamakan si celcom ini satu teguran buat aku, dari Allah.

Berhenti mencari cinta dunia. Berhenti mengejar kasih sang makhluk. Berhenti dari memburu kemegahan dan pujian.

Duduk sejenak. Cakap pada hati,

"Baliklah pada Allah"

Genggam tangan kanan. Letak pada dada.

Bisik pada iman yang masih berbaki,

"Aku hidup dan aku mati kerana Allah"

Astaghfirullah.

Cinta aku hanya pada yang hakiki.

fytroe.

No comments:

Post a Comment