Monday, 23 November 2015

Kamu pernah futur?

"hangpa macam mana sekarang?"

"Alhamdulillah sehat"

"Pernah tak rasa macam nak futur? "

"....."

"???"

"Selalu."

#####

"Kau dah makan? Mahu aku suapkan apa ya hari ni? Atau kau mahu menu tambahan lagi hari ini? "

"Apa khabar kau hari ini? Sihatkah kau? Mahukan apa-apa yang istimewa?"

"Kau sakit ya hari ini? Mahukan apa-apa penawar? Atau ingin terus sahaja kekal sakit begitu?"

Iman itu perlu dijaga. Perlu dipelihara. Perlu diawasi. Perlu sentiasa diketuk pintunya. Perlu ditanya akan khabarnya.

Kadang kamu lupa pada dia yang menjaga dan melindungi diri kamu dari maksiat. Maka sang makhluk bergelar syaitan dan nafsu mula mendekat tanpa kamu sedar. Mata hati kamu seolah dipukau akan keindahan maksiat yang hakikatnya jijik dan busuk. Dan anggota kamu yang dahulunya dikawal erat oleh sang iman mula diceroboh dan dijajah untuk melakukan kemungkaran. Nauzubillah.

Allah kata, ".. Hanya dengan mengingati aku, hati akan menjadi tenang"

Tapi kemahuan kamu lebih besar ke arah keindahan dunia. Maka kalam Allah yang agung itu seakan tiada kesan sebesar zarah pun pada jiwa kamu. Lantas kamu masih menyoal pada diri,

" kenapa aku begini dan begitu? "

" kenapa aku berbuat begini dan begitu? "

" kenapa hati aku terasa kosong? "

Sedangkan Allah berkali-kali memanggil kamu kepada-Nya. Kamu abaikan. Bahkan kekadang kamu tutup lubang telinga kamu. Lalu mahu disalahkan keadaan sekeliling yang menarik kamu jauh dari-Nya?

Cuba buka mata. Lawan rasa mengantuk. Kerna mimpi bukan suatu realiti.

Maka buka mata hati. Mujahadah melawan nafsu. Kerna dunia hanya suatu persinggahan.

Hakikat hidup ini jauh lebih besar. Bukan sekadar tersengguk di dalam kelas dan tersenyum malu seorang diri menonton drama melayu. Hakikat hidup ini hanya mampu kau fahami melalui suatu proses yang dipanggil tarbiyah. Tarbiyah ruhiyyah. Maka serahkan hati dan jiwa kamu kepada tarbiyah. Jangan sombong. Jangan kedekut. Kerna dalam tarbiyah, hanya Allah yang layak menilai.

Bila hakikat hidup sudah kau hadam, maka berangkat lah mencari mutiara ilmu. Kerna faham bukan tiket untuk ke syurga, tapi baru langkah pertama ke arah memburu redha sang pencipta.

Fastaqim kama umirtu. Maka setelah itu jangan ditoleh lagi ke belakang. Jalan ini, jalan orang-orang yang terpilih. Alangkah rugi andai kamu memilih untuk berputus asa. Teruskan berjalan. Dalam perjalanan itu, akan kamu temui insan-insan murni yang sedang sama-sama berjuang dengan kamu. Masa ke masa, ada antara kamu yang akan lelah. Maka bantulah mereka. Bawa mereka bersama. Supaya kelak di akhirat, kemanisan ukhuwah itu akan menyelamatkan kamu.

"iman, apa khabar mu hari ini?"

#####

Bila kau rasa lemah, ingatlah pada Allah.

"dan apabila hamba-hambaku bertanya tentang aku, sesungguhnya aku dekat... "
- Al-baqarah

Ana ramyun min rimaayatil Islam. Farmii aina maa syikta. Allahu yusahhil.

No comments:

Post a Comment