Pernah tengok cerita Lucy ?
Kalau tak pernah, sila usaha supaya boleh tengok. Terutama kepada mereka yang minat sains.
Cerita tu tentang seorang pelajar universiti di China, dipaksa oleh boyfriend yang dia baru kenal seminggu untuk deliver something kepada pakcik gangster korea and it turns out 'something' itu adalah dadah yang baru dicipta, CPH4. Mamat (Baca : pakcik) gangster tu kemudiannya masukkan sepaket dadah CPH4 tu ke dalam perut dia (scary kan?) Untuk 'dipos' ke negara mana ntah. Sementara naik flight, dia 'dijaga' oleh sekumpulan gangster yang low-class sikit (Baca : gangster jalanan) pastu entah macam mana ada sorang mamat ni sepak perut dia, (kat tempat diaorang letak paket dadah tu) and dadah tu bocor and masuk dalam salur darah dia. Kalau tak silap, dalam 500g jugak la. Then Lucy ni (lupa nak bagitau nama tadi), dia punya brain capacity meningkat daripada 10% (macam manusia normal) kepada 20% and so on (Ending citer tu dia sampai 100%). Hah lepas tu tengok laa sendiri kalau nak tahu apa jadi bila kapasiti human brain meningkat lebih dari normal (>10%).
Bagi aku it's quiet interesting la, bila ada cerita macam ni. Seolah-olah mereka cuba bagitahu pada masyarakat yang tak ada pengetahuan yang detail tentang human brain ni dalam bahasa mudah, walaupun semua itu hanya theory.
Semalam lepas tengok cerita Lucy ni, setelah sekian lama otak aku tak bekerja (I mean, tak berfikir secara mendalam), tiba-tiba ligat pulak otak aku berfikir tentang human brain ni. Then aku pergi ke persoalan-persoalan tentang evolution manusia.
"Kenapa manusia dulu besar, pastu sekarang dah makin kecik"
"Is it possible yang dinasour pon macam tu? Entah-entah harimau ni dulu asalnya dinasour pastu dia evolve jadi kecik macam sekarang"
"Kenapa manusia sekarang makin pendek umurnya?"
"Agak-agak ada kaitan tak evolution manusia yang semakin kecik secara fizikal dengan jangka hayat diaorang?"
"Adakah bila manusia semakin banyak berfikir untuk develop sampai jadi macam hari ni, membuatkan otak dia cepat tua and then umur semakin pendek? (Sebab orang yang banyak berfikir cepat tumbuh uban)"
"Atau adakah bila manusia nak sesuaikan diri dengan habitat dengan mengecilkan fizikal dia, membuatkan capasity otak dia meningkat dan manusia boleh berfikir dengan lebih dalam untuk develop sampai jadi macam hari ni?"
"Atau adakah manusia jadi kecik sebab development yang diaorang sendiri yang buat, jadi keadaan sekeliling yang semakin terjamin keselamatannya dan canggih membuatkan manusia tak perlu lagi jadi besar secara fizikalnya?"
"Atau adakah manusia jadi kecik sebab semakin hari semakin ramai manusia pastu kalau semua orang jadi besar, macam mana nak muat dalam bumi ni?"
"Agak-agak kewujudan orang kerdil ni dah ada sejak zaman nabi adam ke ?"
"Kalau zaman nabi adam dah ada orang kerdil, entah-entah manusia jadi makin kecik sebab manusia normal kahwin dengan orang kerdil pastu dapat anak yang normal tapi slightly kecik dari biasa pastu makin lama manusia normal jadi makin kecik"
Tak cukup pasal evolution manusia itu, aku terfikir pulak pasal memori manusia.
"Memori manusia disimpan dalam bentuk apa?"
"Betul ke memori kita disimpan kat otak? Bukan ke tulang sulbi itu organ pertama yang terbentuk masa dalam rahim?"
"Agak-agak boleh tak kita ekstrak memori seseorang? Tapi kalau nak ekstrak memori seseorang, kita kena tahu dulu memori itu disimpan di mana dan dalam bentuk apa"
"Betul ke setiap sel yang ada atas muka bumi ni sama ? Bukan ke setiap sel ade DNA tersendiri ? Atau adakah fungsi DNA ni macam suis jugak yang menentukan fungsi setiap sel ni? (Kena belajar biologi level matrik baru paham pasal suis2 ni)"
Hahaha okay sampai situ je laa. Banyak berfikir menyebabkan otak aku penat dan aku jadi mengantuk.
Semua persoalan itu, aku rasa macam nak buat kajian je. Nak cari jawapan dia. Tapi kalau nak buat macam tu, aku kena kuburkan je laa impian aku nak study astrophysic, buat masa ni laa. In shaa Allah kalau ada kesempatan, aku nak cuba jugak cari peluang untuk belajar dan buat kajian tentang otak manusia ni but for this time being, aku nak fokus tentang astrophysics dulu.
Peace !
-fytroe-
No comments:
Post a Comment