Dia mengadu pada aku, hafazannya makin lemah. Dia cakap, suasana untuk mengulang hafazan dah tak serancak dulu. Sahabat-sahabat yang sama-sama menghafaz dah kurang berminat bila diajak untuk mengulang sama-sama.
Dia bilang pada aku, musabaqah itu pemangkin bagi dirinya untuk mengulang hafazan. Dan bila tiada lagi musabaqah, maka hafazannya seolah-olah hambar.
Dia bagitahu pada aku, hafazannya kian lemah kerna tiadanya musabaqah.
Tapi bagi aku, mungkin aku yang menyebabkan hafazannya makin lemah. Makin hambar. Mungkin aku yang menghambarkan hidupnya. Kerna mungkin aku juga yang menjauhkan dia dengan Allah. Isk.
Aku tahu. Ikhtilat itu mampu menjauhkan aku dan dia dari Allah. Tapi mengapa aku terus sahaja berhubung tanpa ada rasa malu pada Allah? Tanpa ada rasa takut pada Allah?
Aku tahu. Satu masa nanti. Aku perlu tinggalkan dia. Bukan kerana aku bosan. Bukan kerana aku dah tak suka. Tapi kerana tanggungjawab sebagai abnaul harakah. Kerna dasar perjuangan yang aku bawa ini, bukan dasar yang biasa-biasa. Tapi suatu dasar kepada perjuangan mengajak manusia ke arah mengagungkan Allah, sekaligus menegakkan Islam atas muka bumi ini.
Bukan mudah. Bila hati sudah terpaut.
Namun redha Allah itu lebih menjadi keutamaanku. Kerna cintaku pada Allah dan Rasul, serta Islam itu lebih tinggi. Lebih utuh. Lebih indah.
Maafkan aku. Andai aku berlaku kejam. Pada kamu. Pada dia. Pada Islam. Pada Rasul. Bahkan pada Allah. Juga diriku sendiri. Kerna aku masih belum kuat. Untuk teguh berdiri atas jalan ini, tanpa dia di belakang.
No comments:
Post a Comment