Bodoh.
Kenapa tidak dikunci hati itu pada Allah ?
Kenapa tidak dijaga hati itu demi Allah ?
Kenapa tidak disiram hati itu dengan taqwa kepada Allah?
Kenapa tidak diisi hati itu dengan kasih sayang Allah ?
Bodoh.
Di mana Allah dalam hati mu ?
Di mana Rasulullah SAW dalam hati mu ?
Di mana Al-Quran dalam hati mu ?
Di mana Islam dalam hati mu ?
Bodoh.
Bodoh.
Bodoh.
Kau kata hidup dan matimu semata-mata kerana Allah. Mana buktinya ?
Pada solatmu yang ditunaikan di akhir waktu ?
Pada hafazanmu yang tak dijaga ?
Pada tidurmu yang mengalahkan hibernasi seekor beruang ?
Pada tekunmu menghadap movie dan anime ?
Pada bacaan al-Quranmu yang sangat jarang ?
Pada solat-solat sunatmu yang entah ke mana ?
Pada ralitmu menghadap laman sosial berjam-jam ?
Pada lalainya kamu dalam menjaga ikhtilat ?
Pada thaqofahmu yang tak bertambah dan tak diamal ?
Bodoh.
Mana buktinya ?
Mana bukti engkau hamba Allah ?
Istighfarnya yang bukan selalu.
Selawatnya yang jarang sekali.
Qiamullainya yang tak pernah.
Bodoh.
Lantas pabila datangnya musibah, engkau menggigit jari tidak keruan. Tika itu baru dirasa ruang hati yang menghitam. Namun rasa itu kekal menjadi rasa, tersimpan elok, tiada gerak tindak yang terzahir.
Maka saat itu maksiat menyelubung.
Kata dan tindak seakan-akan tidak pernah memgenal celupan tarbiah.
Mujahadah iman melawan nafsu makin lembik menunduk mengah.
Yang akhirnya nafsu menguasai diri. Tiada lagi malu menjadi pendinding diri seorang muslimah. Tiada lagi ketegasan di setiap gerak kerja. Tiada lagi benteng yang memelihara ikhtilat.
Maka gelap hati itu diselubungi kehitaman dosa. Jauh dari Allah.
Bodoh.
Kerana lalainya engkau, suatu harapan telah ditabur kepada yang sedang mengharap.
Namun pabila iman diketuk hidayah, diri itu seakan-akan jaga dari tidur yang panjang.
Istighfar mula membasahi sekeping hati.
Namun maksiat yang lalu seakan-akan sedang menari di tubir mata.
Dan kerunsingan hidup bertambah. Bagaimana mahu diranap harapan palsu bersulam tipu yang tercipta tanpa sedar itu ?
Bodoh.
Kerana lekanya engkau dari Allah, tercipta segunung masalah menuntut penyelesaian. Sedang tanggungjawab sedia ada pun tak terlaksana.
Maka hari-harimu seakan-akan dikejar.
Oleh yang sedang mengharap.
Menuntut suatu harapan yang pernah dilakar.
Maka duhai muslimah, pergi lah engkau. Jauh dari gerbang ikhtilat. Jangan sesekali engkau berani melepasi sempadan malu dalam dirimu. Jangan disia-siakan acuan tarbiah yang dahulu pernah diterima.
Pergilah. Dekat menuju redha Allah. Kerjarlah cinta itu. Cinta suci yang abadi.
-Fytroe-
No comments:
Post a Comment