Wednesday, 13 May 2015

Gadis haraki

Salam perjuangan buat gadis-gadis haraki,
yang sedia menyerahkan harta dan jiwanya demi Allah,
yang hatinya terpasak a'qidah perjuangan yang kukuh,
yang teguh tanpa ragu-ragu,berintima’ dengan Harakah Islam yang semata- mata jelas perjuangannya demi menegakkan kalimah Allah
Hingga mencapai kemenangan atau syahid dipertengahan jalan,
Moga- moga hingga helaan nafas detik ini masih tsabat dan berkobar-kobar semangatnya ingin meneruskan perjuangan.

Saya mengenal perjuangan dengan penuh rasa takjub,
Kepada Allah yang menciptakan gadis-gadis haraki yang begitu degil, keras hati, dan tidak mudah mengalah dengan arus demi arus yang merintangi,
Semua itu ditanggapi sebagai proses tarbiyah yang menjadi makanan dalam perjuangan Islam,
Mulanya tertanya- tanya atas dasar apa mereka tidak tidur? berbagi kelas dengan meeting, usrah dan sebagainya?
Tapi akademiknya tidak lumpuh malah terus menerus dengan kecemerlangan.

Lewat dua tahun dahulu saya mula mengerti ketika saya mengenal perjuangan yang saya pilih, maka saya mengenal lebih dalam gadis-gadis haraki ini,dan mengerti,untuk siapakah keletihan mereka itu dicurahkan.

Gadis haraki bukan gadis yang berjalan penuh keayuan,
Bercakap dengan suara yang hampir tidak kedengaran,
Dia bukan juga gadis idaman dalam filem- filem cinta Islamik,
Juga bukan yang sentiasa menjinjing novel-novel cinta Islamik,
Jika anda mencari muslimat seperti itu, Maka jauhi gadis-gadis haraki,
Yang tega dan bersuara lantang,
bukan mengetepikan rasa malu yang sememangnya kembar bagi seorang muslimat,
Tetapi terpaksa menggadaikan prinsip selagi tidak bercanggah dengan syariat demi ummah.

Lihat sahaja muslimat- muslimat harakah Islam yang sanggup turun meredah banjir lumpur malah berasak- asak di tengah kota
di malam tahun baru demi menyampaikan dakwah Islam,
Ke pelosok kampung, malah ke luar negara yang dilanda bencana sekalipun.

Dan tentu sahaja si gadis-gadis haraki juga mahu menjadi seperti kekanda dan juga bonda mereka dalam medan perjuangan,
Justeru,
Gadis- gadis haraki teguh dan tegar menempuh cakap- cakap sindiran
Yang menyatakan mereka ini tidak tahu malu,
Tidak pandai menjaga diri dan sebagainya
Kerana gadis- gadis haraki ini sahajalah yang faham,
Mengapa mereka perlu turun
dan betapa besarnya peranan mereka
Bukan sekadar tinggal diam di rumah,
Menonton drama korea
Mahupun belajar semata- mata.
Kerana ummah yang rosak akhlaknya dan penuh dengan budaya jahiliyyah,
Sentiasa melambai- lambai menuntut gadis-gadis haraki turun,
Atau lainnya menjawab nanti di hadapan Allah,
itu pilihan bagi gadis- gadis haraki.

Bukan sedikit tukaran yang terpaksa di bayar gadis-gadis haraki ini,
Tentangan keluarga
yang tidak betah melihat anak gadisnya lincah kesana- kemari, sahabat- sahabat berbeza fikrah yang tidak akan mengerti,
Malah kadang kala gadis-gadis haraki tidak terlepas dari ujian cinta yang sentiasa mengejari,
Maka si gadis haraki terus menerus mohon ditsabatkan Allah
Dalam medan perjuangan ini sehingga akhir hayatnya,
kerana mereka sedar rantaian perjuangan Islam ini sentiasa silih berganti,
Maka mereka- mereka inilah yang bakal menjadi tampuk perjuangan
di masa hadapan nanti
Jadi terus-menerus si gadis haraki berdoa
Agar tidak futur di pertengahan jalan dan semangatnya mati.

Si gadis haraki
tidak penah jemu mengisi lompong-lompong dalam memahami perjuangan,
Sentiasa mengisi tsaqafah dengan bahan bacaan,
Rak bukunya penuh dengan makalah- makalah usrah,
kitab-kitab haraki, buku- buku perjuangan dan travelog perjuangan tokoh-tokoh gerakan Islam,
Tidak malu bertanya dengan ulama’
Dan tidak pernah penat menghadiri usrah dan liqa'-liqa' kefahaman,
Agar perjuangan dapat dipegang dengan kukuh,
kerana itu si gadis haraki tidak betah tinggal diam di rumah,
kerana dia harus melumatkan kefahamannya terlebih dahulu
sebelum memanggil gadis lain menyertai perjuangan ini.

Malah bukan sedikit si gadis haraki yang tidak mahu masuk ke gerbang perkahwinan kerana bimbangkan kekurangan komitmen yang akan diberikan kepada harakah Islamiyah pada masa hadapan,
Maka pejuang-pejuang harakah Islamiyah di luar sana,
jika anda inginkan suri hidup yang 24 jam di rumah, mengemas, mengulit si anak,
Tidak keluar berjuang sekalipun ke usrah,
Maka jauhilah gadis- gadis haraki,
Dan janganlah membantutkan semangat juang si gadis-gadis haraki.

Maka si gadis-gadis haraki,
teruslah pegangi akidah perjuangan ini, yakini, dan berakhlak seperti engkau yang telah ditarbiyah,
usah pernah berhenti, atau berniat untuk berehat sebentar,
Kerana perjuangan ini bersifat terus menerus dan memerlukan keistiqamahan,
Percayalah
Rehatmu yang awalnya dua bulan, bisa menjadi 4 bulan,setahun atau selama-lamanya engkau mungkin tidak akan menjejaki lagi jalan juang ini.

Usah pernah jemu nasihat-menasihati
kerana sahabat-sahabatmu bukanlah manusia sempurna,
yang kadangkala tewas dalam siri-siri ujian yang Allah timpakan
demi menguji keimanan mereka,
ribat tangan mereka sehingga ke hujung jalan,
Kekuatan ukhwah kerana Allah itu luar biasa genggaman hatinya,
Maka jagalah mereka seperti engkau menjaga dirimu sendiri.

Sememangnya tidak dapat kita nafikan betapa halusnya perasaan seorang muslimat,
Malah ramai dalam kalangan muslimat yang tewas hanya kerana ditegur dalam mesyuarat secara tidak berhikmah,
Ingin melarikan diri dari perjuangan semata-mata kerana merasa diri dipinggirkan berbanding teman-teman,
Justeru gadis-gadis haraki yang benar- benar ikhlas dalam perjuangan ini,
Ayuh! kita ketepikan soal hati dan perasaan dan sentiasa melatih diri
menjadi gadis-gadis haraki yang teguh hati dan sentiasa ikhlas dalam perjuangan,
Bukan kerana individu kita berjuang,
bukan jua kerana pangkat dan sanjungan tertentu,
tapi benar- benar kerana Allah!

Doakan saya terus tsabat,
terus berusaha untuk mantapkan diri seperti kalian,
Terus memperbanyak amalan,
sebab saya sangat cemburu melihat kalian,

Salam mujahidah sekencang dakwah =)

Cc: Nur Faten Fatihah binti Mat Lui

No comments:

Post a Comment