Wednesday, 17 December 2014

Aku ada satu kisah.

Alhamdulillah sekarang dah masuk sem 2. Hmm. Lama tak update blog.

Weekend pertama dalam sem 2 ni, aku pergi kem. Kem under usrah. 3 hari 2 malam. Peserta mungkin dalam 100 orang.

Kisahnya di malam kedua, malam tu kami ada explorace. Sampai kat satu checkpoint, di serambi masjid, kami duduk dalam bulatan untuk sesi kholasoh. Kesimpulan. Conclusion. Seorang fasilitator berdiri di depan kami. Menceritakan kisah di sebalik task yang dibuat sebentar tadi.

Asyik aku duk mendengar, tiba-tiba ada satu suara melaung;

"Woooo ! Usrah ! "

And I was like,

Entah. Macam terharu pon ada sebab first time dengar orang cakap macam tu. Haha. K. Tak logik. Eh tapi serius macam startle laa kejap kan bila dengar tu kan.

Hmmm.

Usrah ni bukan benda yang asing sebenarnya dalam masyarakat kita. Ramai je yang tahu apa itu usrah. Atau sekurang-kurangnya pernah dengar perkataan 'usrah' tu, kan ?

Hmmm.

Tiba-tiba rasa macam nak ajak orang masuk usrah. Nak kenalkan mereka kepada tarbiyyah. Boleh tak ?

Fytroe =)

Friday, 26 September 2014

Berniqab

Dari dulu lagi aku ada menyimpan hasrat untuk berpurdah.

Tapi aku takut.

Takut aku menjadi fitnah kepada muslimah lain yang berpurdah.

Takut dipandang serong oleh masyakat.

Takut takde kawan.

Tapi semalam, aku pergi satu program di Kuala Lumpur. Dan hampir separuh dari peserta program tu merupakan muslimah yang berniqab. Tak semena-mena terbit rasa kagum pada mereka.

Aku juga ingin berpurdah.

Ditakdirkan, dalam group aku ada 3 orang peserta yang berniqab. Ditambah dengan kakak fasi yang juga berpurdah, so total 4 orang.

Sepanjang program tu, aku perhatikan aje dyeorang ni. Tutur kata. Pergaulan. Tingkah laku. Semua. Dari atas ke bawah.

Ada seorang adik ni, umurnya 16 tahun. Dah berniqab. Time makan, aku tanya laa sikit2. Kenapa pakai niqab ? Sejak bila berniqab ni ?

Katanye baru lagi. Dan dia berniqab sebab dia rasa macam nak berniqab.

Mula-mula tu macam terkejut jugak. Sebab, macam, amboii senangnye. Aku bertahun-tahun hajat nak pakai niqab tapi tak tercapai.

Pastu bila fikir balik, memang la senang. Cuma aku yang tak berani. Penakut. Pengecut.

Pastu aku fikir lagi sekali.

Ermm. Sepanjang aku perhatikan dyeorang, dyeorang semua takde lah syadid sangat. Dyeorang ade je sembang2 ngan muslimin. Dyeorang ade je duduk satu bangku ngan muslimin. Dyeorang pon masih belajar. Macam aku. Dyeorang pon ade juga buat salah. Macam aku. Dyeorang pon kadang-kadang terlupa. Macam aku.

Ya. Aku belajar sesuatu dari mereka. Kalau nak buat sesuatu, buatlah. Tak perlu tunggu masa yang sesuai ke apa. Tak perlu tunggu semuanya perfect baru nak buat.

Bagi aku, dyeorang berani. Dyeorang yakin dengan keputusan dyeorang. Bila dyeorang nak buat sesuatu, dyeorang buat.

Hmm. Dan aku kat sini. Masih berkira-kira untuk kumpul kekuatan untuk berniqab. Doakan aku ye.

Fytroe =)

Thursday, 18 September 2014

Sakit yang indah.

Assalamualaikum.

*Tenyeh mata*

*Lap hingus*

*Garu kepala*

*Picit kepala*

*Batuk-batuk*

*Bersin*

.....tidur.....

Allah. Resdung datang balik. Sakit. Perit. Rancangan nak buat homework chemistry mungkin tak menjadi. Sigh.

Malam. Gelap. Sunyi.

Aku terbaring di atas katil. Mengharapkan sedikit rehat setelah seharian memerah otak menuntut ilmu.

Diam. Dada aku pegang. Perit. Setiap kali nafas ditarik, Sakit.

Ingin sahaja aku lelapkan mata. Letih. Penat.

Allah. Dulu di sekolah, aku adalah antara yang tak pernah ke klinik. Sakit yang paling teruk hanyalah demam, diiringi batuk dan selesema. Paling lama 3 hari, mungkin.

Tapi bila dah masuk universiti ni, lain pula jadinya. Hampir setiap hari aku gatal-gatal mata. Dan kemudian bersin-bersin. Then batuk dan yang seterusnya.

Resdung makin teruk nampaknya. Sampai tahap rambut gugur. Allah.

*Batuk*

Diam. Aku termenung. Memandang kosong siling putih berhiaskan lampu pendafluor. Lama. Nafas kutarik perlahan-lahan. Tenang.

Allah. Allah. Allah.

Aku kenang kembali aktivitiku sepanjang hari ini. Penuh dengan dosa. Allah.

Aku imbas kembali solat lima waktuku. Allah.

Bacaan al-Quran ? Hanya al-Kahfi.

Puasa sunat ? Tidak. Kononnya dahagakan air kosong. Bimbang badan dehydrate. Lapuk. Alasan tak masuk akal.

Allah.

Aku pejamkan mata,

"Allah. Andai dengan kesakitan ini mampu menghapuskan dosa-dosaku yang menggunung tinggi itu, terima kasih ya Allah."

Lantas bibir mula mengukir sebuah senyuman. Tenang. Tiada lagi keperitan yang aku rasa. Semuanya bagaikan hilang dan pergi begitu sahaja.

Allah. Hanya engkau yang maha mengetahui setinggi mana dosaku pada-Mu. Hanya engkau yang tahu akan aib diriku.

Allah. Setiap perkara yang berlaku dalam hidupku ini rupa-rupanya suatu tanda, bahawa engkau menginginkan aku supaya dekat dengan-Mu. Supaya aku sedar, sesungguhnya aku ini insan yang lemah tak berdaya tanpa-Mu.

Allah. Di saat aku lalai dan tenggelam dalam keasyikan duniawi, engkau menyampaikan salam rindu-Mu kepadaku, agar aku kembali mengingati-Mu.

Allah. Indahnya sakit yang aku rasakan ini. Kerna pada sakit itu, aku dapat merasai belaian-Mu. Aku dapat merasai kasih sayang-Mu kepada hamba yang penuh dosa ini.

Allah. Pada detik ini, aku bersyukur. Aku bersyukur kerna masih dapat merasai nikmat hidayah-Mu. Meski aku sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat, Engkau menghulurkan salam taubat kepadaku di saat aku jatuh tersungkur.

Terima kasih ya Allah. =)

-Fytroe-

Wednesday, 17 September 2014

Harapan itu sentiasa ada.

Assalamualaikum.

Petang. Dingin. Tenang.

Aku duduk di suatu sudut. Merenung. Jauh.

Lantas aku terfikir, "sampai bila ?". Sampai bila aku nak lari ? Sampai bila aku nak lari dari masalah ? Masalah itu lumrah. Masalah itu, semua orang ada.

"Habis kenapa aku lihat semua orang bagaikan tenang dan bahagia menghadapi hidup ini ? Mereka seolah-olah tidak punya masalah. Mengapa aku tak bisa bahagia seperti mereka semua ?"

Kerana mereka berani menghadapi masalah mereka. Mereka berusaha mencari jalan penyelesaian. Bukannya lari.

"Tapi aku tak kuat. Aku tak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah."

Manusia itu sememangnya lemah. Tak ada yang kuat. Tapi, manusia itu punyai tempat kembali untuk memohon kekuatan- Allah ! Di mana kau campakkan Allah dalam kehidupan kau selama ini ?

" Aku sentiasa letakkan Allah itu dekat denganku. Aku solat dan aku mengaji. Kadang aku berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis. Habis, mengapa aku tak bisa mendapat kekuatan itu ?"

Solat itu, perlulah didirikan di awal waktu. Dengan khusyuk. Dengan Ikhlas. Adakah solatmu begitu ? Al-Quran itu bukan untuk ditatap sahaja tulisannya. Tapi untuk dihayati dan difahami maknanya. Apakah kau pernah mentadabbur al-Quran ? Dan puasa itu bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum tapi menahan segala anggotamu dari berbuat maksiat. Apakah solatmu, bacaan al-Quranmu dan puasamu sepertimana yang aku gambarkan ?

"Aku tak mampu. Aku tak mampu. Aku tak mampu laksanakan semua itu, kerna aku tahu imanku lebih nipis dari kulit bawang. Kerna aku tahu aku orang yang sentiasa melakukan dosa."

Habis, kau mahu terus merintih begitu ? Mengharapkan hidayah dan bantuan Allah akan datang kepadamu tanpa usaha ? Kau silap !

"Lantas apa yang harus aku lakukan ? Aku buntu. Aku seperti seseorang yang berada di tengah-tengah lautan. Aku keliru. Aku sudah tak punya harapan."

Pulang. Pulang pada Dia. Pulanglah sementara kau masih ada masa.

"Aku cuba. Tapi aku tak kuat. Aku... aku dah penat. Aku ingin biarkan sahaja diri ini dilambung ombak. Biarlah aku hanyut. Aku sudah tak punya tenaga untuk mencari secebis harapan"

Wahai diri, Allah itu dekat. Dekat sangat. Bahkan Allah mendengar segala isi hatimu ini. Tidakkah kau malu, wahai diri ? Menangis kerna tak punya harapan, sedangkan Allah itu sentiasa menantimu untuk kembali kepada-Nya. Jika kau mahu menangis dan merintih, mengapa tidak kau lakukan dihadapan-Nya ? Mengapa kau memilih untuk menangis sendiri ? Saat kau rebah, ingatlah, Allah itu dekat. Allah itu dekat. Allah itu dekat. Mengadulah pada-Nya. Tangisi nasibmu di hadapan-Nya. Moga kau bisa kuat menghadapi kehidupan.

Allah. Allah. Allah. Kurniakan aku kekuatan. Sungguh, aku sudah tak berdaya lagi...

-fytroe-

Friday, 25 July 2014

Welcome Home !



Assalamualaikum.

Ramadhan. Dah. Nak. Pergi.

Cepat benar masa berlalu.

Moga kita sempat bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan, In Shaa Allah.

Malam ini In Shaa Allah akan pulang ke rumah di Terengganu. Terasa diri sebagai seorang perantauan. Rasa matang. =)

Semalam shopping baju raya, dengan kawan-kawan. Bukan lagi dengan family. Dah besar, kena pandai berdikari.

Petang nanti mungkin berbuka puasa sorang diri je. Housemate semua dah pulang ke rumah. Takpe lah. Pengalaman baru. In Shaa Allah ada hikmahnya.

Lepas solat Asar nanti kena kemas rumah. Buang sampah. Sapu lantai. Takkan nak tinggalkan rumah bersepah selama seminggu, kan ?

Hmmmm.

Beberapa minggu lagi akan menginjak ke usia 18 tahun. Dah hampir 18 tahun rupa-rupanya aku bernafas di muka bumi Allah ini. In Shaa Allah, semua perkara yang aku lalui dari hari ke hari adalah perancangan Allah agar aku menjadi seorang muslimah yang berguna kelak.

Muslimah yang berdikari menguruskan makan minum sendiri kerna mungkin suatu hari nanti jika diizinkan Allah, aku perlu menguruskan makan minum orang lain pula.

Muslimah yang bijak mengatur perbelanjaan sehari-hari kerna kelak aku mungkin akan berkerjaya dan punyai pendapatan sendiri.

Muslimah yang pandai menguruskan rumah tangga. Kerna mungkin suatu hari nanti aku akan miliki rumah sendiri.

Dan In Shaa Allah, seorang muslimah yang menyumbangkan jiwa dan raga semata-mata demi memperjuangkan Islam.

Di kala keseorangan di rumah, tanpa sahabat mahupun teman, kadang-kadang aku terfikir,

"Untuk apa aku hidup sebenarnya ?"

Usia semakin hari semakin tua, tapi Ibadah belum tentu semakin meningkat.

Aku dah besar. Aku dah cukup matang untuk membezakan perkara yang baik dan buruk. Namun terkadang, hati ini tetap lalai dengan maksiat. Astaghfirullah.

Allah, moga aku bisa jadi lebih baik dari hari ke hari.

Salam 27 Ramadhan.

Thursday, 15 May 2014

Pergi

He's gone. Dia dah takde.

Terkilan. Tak percaya. Lidah terasa kelu. Speechless. Memang dah tak tahu nak cakap apa.

Tak sangka. Memang tak sangka.

He's not my brother nor one of my close friends. He was my senior. One year older than me.

Dia mungkin tak pernah kenal junior dia yang seorang ni. Aku tak pernah bercakap pun dengan dia. Sekadar kenal rupa dan nama.

Allahu. Aku tak pernah rapat pun dengan dia. Tapi bila dapat tahu berita ni, Allah. Tiba-tiba rasa sebak.

Ajal maut tak kira usia. Bila tiba masanya, kita akan dipanggil menghadap Ilahi.

19 tahun. Tahun depan insyaAllah aku akan menginjak ke usia itu. Bila difikirkan balik, bagaimana jika aku juga akan pergi menghadap Ilahi pada usia itu ? Adakah aku bersedia? Adakah aku pergi dalam keadaan yang beriman? Adakah aku telah memanfaatkan usia itu dengan amal ibadah yang ikhlas semata-mata kerana Allah? Adakah aku akan pergi tanpa menabur sebarang bakti kepada ummah? Adakah pemergian aku akan diredhai ibu bapa aku? Dan pelbagai lagi persoalan yang timbul.

Allahu. Bersediakah aku jika Allah mematikan aku pada saat dan ketika ini ? Ya Allah. Sungguh. Pemergiannya seolah-olah menyedarkan aku dari satu mimpi yang panjang. Seolah-olah satu teguran dari Allah untuk diriku yang alpa.

Allahu. Pabila dikenang segala dosa yang telah aku lakukan, aku jadi malu. Malu pada Allah. Sehingga ke saat ini, Allah masih memberi peluang kepada aku untuk bertaubat. Memberi peluang untuk aku mencari redha-Nya. Allahu. Meski dosa-dosa aku menimbun tinggi, Allah masih memakbulkan doa aku. Terlampau banyak nikmat dan rezeki yang Allah telah curahkan kepada aku. Tak terkira. Sedangkan aku masih di sini.
Masih nyeyak tidur tatkala azan subuh berkumandang. Masih lagho dengan Facebook dan twitter tatkala azan zuhur dan asar berkumandang. Masih setia di hadapan televisyen tatkala azan maghrib dan isyak berkumandang. Masih merungut dan mengeluh setiap kali Mummy dan Daddy mintak tolong. Masih sibuk mencuci mata di instagram mencari kain baju, produk-produk yang laris.

Allahu.

Bengkitlah ! Masih banyak yang perlu dilakukan untuk membantu ummah ini !

Bangunlah ! Jangan sekadar update status mengingatkan sahabat-sahabat di Facebook dan berkicau kencang isu agama di twitter, tapi diri sendiri masih asyik melayan drama korea !

Sedarlah ! Hidup ni tak lama. Bila-bila masa saja Allah boleh ambil nyawa kamu !

Dah. Lap hingus dan air mata tu ! Tutup cerita-cerita korea yang jiwang dan touching tu. Berhenti bergelak ketawa menonton Running Man tu ! Cabut headphone di kepala tu ! Cukup dengan semua lagu-lagu yang lagho tu !

Pejam mata. Tarik nafas. Hembus. Ingat kembali apa yang telah anda sumbangkan pada ummah ini. Adakah usaha anda itu berbaloi dengan segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada anda ?

Tarik nafas. Hembus. Ingat kembali segala amal ibadah yang anda telah dirikan. Adakah semuanya diterima Allah ? Adakah amalan sunat anda semuanya dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah ?

Tarik nafas. Hembus. Ingat kembali, pernahkan perut anda itu berasa lapar ? Pernahkah jiwa anda dahagakan tarbiah dan hidayah dari Allah ?

Ayuhlah !

Jom sama-sama kita bermuhasabah !

InsyaAllah.

Moga Allah redha. =)




Wednesday, 14 May 2014

A decision

Bingung. Keliru. Runsing.

Satu keputusan perlu dibuat. Keputusan yang akan mempengaruhi masa depan anda. Tersepit di antara pilihan sendiri dan kehendak ibu bapa. Kadang aku rasa macam nak give up. Dah. Full stop. Tak nak sambung belajar.

Imbau balik masa nak masuk tadika dulu. Aku tak perlu decide nak masuk tadika mana. Mummy dan daddy hantar masuk tadika depan rumah je. Sikit pon aku tak kesah. Bagi aku, dalam dunia ini ada satu sahaja tadika; tadikan depan rumah.

Masuk sekolah rendah, cerita sama. Cuma kali ini masuk sekolah rendah sebelah rumah. Sekolah Kebangsaan. Bila dah darjah 4 baru tahu rupa-rupanya sekolah rendah ni bukan satu aje dalam dunia ni.

Habis darjah 6. Dah dapat result UPSR semua, nak pilih sekolah menengah pula. Konflik laa sikit. Sikit je. 10% maybe ? Mummy dan daddy suruh masuk sekolah excellence yang student dia wajib menghafaz Al-Quran. Bukan pondok. Bukan sekolah Musleh. Sekolah agama under Yayasan negeri. School of Excellence.
Tapi dalam hati nak masuk MRSM atau SBP. Iye lah, Orang dapat 5A. Tapi mummy tak kasi. Tetap dengan pendirian beliau. Sekolah Agama ! Fortunately, aku tak lepas temuduga ke sekolah yang Mummy dan Daddy nak. FORTUNATELY. Jahilnya aku waktu itu. Akhirnya dapat tawaran ke sebuah sekolah kerajaan yang terletak satu jam setengah dari rumah. Jauh laa sikit dari sekolah rendah dan tadika dulu. Tapi aku suka. Sebab duduk asrama. Mula-mula tengok surat tawaran memang blank. Tak pernah dengar pon nama sekolah tu ! Sekolah SMKA. Sekolah di kawasan yang 'agak' kampung. 15 minit dari bandar.

Sekolah agama jugak aku akhirnya. 

Habis PMR. Sekali lagi konflik melanda. Tapi kali ni 5% je. Pada mulanya aku cukup yakin dan nekad dengan pendirian aku untuk stay di situ (SMKA**). Konflik timbul apabila aku mendapat tawaran ke salah sebuah SBPI di Pekan. Sekolah berprestasi Tinggi. Seingat aku, aku tidak melengkapkan borang permohonan ke SBP dengan betul. Sijil-sijil penting, malah tandatangan pengetua pon aku tak ambil. 

Tapi alhamdulillah, aku kekal dengan pendirian aku untuk stay di situ, walaupon sebenarnya goyah jugak, SBT kot !

Selepas dapat Keputusan SPM, konflik. Again. Pilihan kos untuk biasiawa dan UPU. Aerospace ialah minat dan cita-cita aku. Tapi tiada dalam senarai kos yang ditawarkan samada untuk biasiawa mahupun UPU. Pening lagi. Akhirnya isi cincai-cincai je. Akaun, Mechanical Engineering, Mathematics dan segala bagai kos lagi yang aku rasa macam boleh carry on. Alahai.

Sekarang. Keliru antara Matrikulasi atau IPTA. Matrikulasi membawa kepada impian aku, tetapi tidak bagi IPTA tersebut. But, both Mummy dan Daddy sarankan aku ke IPTA.

Completely dalam dilema.

K. Rilex jap. Kosongkan minda. Tarik nafas, hembus. 

Proceed.

Manusia. Hamba. Semakin jauh kita melangkah, semakin besar amanah di bahu. Semakin banyak kita belajar, semakin rumit permasalahan yang timbul. Itu kita. Setiap keputusan yang perlu kita buat sebenarnya mendidik diri untuk menjadi lebih matang. Kerana hakikatnya, setiap keputusan yang dibuat akan datang bersama kesan dan hikmah yang tersendiri. 

Dua tiga hari yang lalu, kerunsingan aku mungkin tentang pilihan masa depan aku. Antara dua. A atau B ? Aku dah limit-kan minda aku kepada dua pilihan. Seolah-olah dalam dunia ini hanya ada merah dan biru. Jika merah yang dipilih, maka bye bye biru dan vice versa. Sedangkan terdapat beribu lagi pilihan di luar. kuning, jingga, ungu, violet, hijau, merah, kelabu and etc. 

Tapi yang paling penting, kita mesti ingat satu perkara. Semua warna-warni yang ada dalam dunia ini datang dari satu sumber, cahaya. Sejauh mana pon kita melangkah, kita perlu ingat bahawa kita hamba. Hamba kepada si Dia. Allah. Pilihlah mana-mana warna yang anda suka, pilih. Tapi ingat, di hujung perjalanan kita, kita akan kembali pada-Nya. As for me, aku mula belajar erti tawakkal. Tawakkal dalam membuat suatu keputusan. Aku tak tahu dan takkan pernah tahu bagaimana perjalanan yang Allah telah aturkan buat aku. Tapi aku pasti dan aku cukup yakin, Allah akan memandu aku ke jalan-Nya.

Mungkin sebelum ini aku buat solat sunat istikharah kerana bimbang akan masa depan aku. Apa aku akan jadi bila besar nanti  ? Adakah aku akan berjaya dengan pilihan yang akan aku buat ? Tapi satu aku perlu ingat, Pilihlah mana-mana kos sekalipun, yang penting jangan tinggal Allah. Kerana kehidupan di dunia ini sementara, fana', tak kekal. 

Mulai saat ini, aku perlu betulkan niat dan pemikiran aku. Lakukan istikharah untuk membimbing diri yang lemah ke arah redha Allah. Pilihan mana yang akan bawa aku ke syurga ? Pilihan mana yang akan bawa aku ke arah pembinaan ummah ? Pilihan mana akan menjadikan aku seorang hamba yang tak pernah lelah mengejar cinta Allah dan Rasul, Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Moga Allah redha. =)













I'm back

2010

I created a blog. Tak tahu kenapa. Terpengaruh dengan kawan-kawan barangkali.

2011

Giat mengemaskini blog. Dari minggu ke minggu, pelbagai perubahan yang aku lakukan pada blog aku.

2012

I deleted the blog. Malu dengan ketidakmatangan diri sendiri. 

But then aku create satu blog yang baru. Tak sampai 10 post, aku delete blog tu.

2013

Bosan. Tangan ni rasa macam nak menaip je. Nak cerita pada dunia tentang kehidupan aku. Tapi malas. Tahun ini ada exam besar. SPM. Tak jadi buat blog. Struggle untuk SPM.

2014

Tak tahu apa nak buat di rumah. Adik-adik sekolah. Rumah sunyi. Bunyi kipas berpusing je.

Tak tahan bosan sangat. I created a blog. Tapi satu post pon tak ada. At last delete balik blog tu.

Semalam dapat laptop. Excited. Gembira. Penantian selama 8 bulan. So today buat satu blog baru. Tak tahu lah kalau lepas ni blog baru ini akan rasa nasib yang sama macam blog-blog sebelum ni. Tapi InsyaAllah tak. Kali ini tak nak cerita tentang hidup aku. Tapi tentang apa yang aku fikir. InsyaAllah. Moga Allah redha. 


Salam Ukhuwah. =)