Wednesday, 14 May 2014

A decision

Bingung. Keliru. Runsing.

Satu keputusan perlu dibuat. Keputusan yang akan mempengaruhi masa depan anda. Tersepit di antara pilihan sendiri dan kehendak ibu bapa. Kadang aku rasa macam nak give up. Dah. Full stop. Tak nak sambung belajar.

Imbau balik masa nak masuk tadika dulu. Aku tak perlu decide nak masuk tadika mana. Mummy dan daddy hantar masuk tadika depan rumah je. Sikit pon aku tak kesah. Bagi aku, dalam dunia ini ada satu sahaja tadika; tadikan depan rumah.

Masuk sekolah rendah, cerita sama. Cuma kali ini masuk sekolah rendah sebelah rumah. Sekolah Kebangsaan. Bila dah darjah 4 baru tahu rupa-rupanya sekolah rendah ni bukan satu aje dalam dunia ni.

Habis darjah 6. Dah dapat result UPSR semua, nak pilih sekolah menengah pula. Konflik laa sikit. Sikit je. 10% maybe ? Mummy dan daddy suruh masuk sekolah excellence yang student dia wajib menghafaz Al-Quran. Bukan pondok. Bukan sekolah Musleh. Sekolah agama under Yayasan negeri. School of Excellence.
Tapi dalam hati nak masuk MRSM atau SBP. Iye lah, Orang dapat 5A. Tapi mummy tak kasi. Tetap dengan pendirian beliau. Sekolah Agama ! Fortunately, aku tak lepas temuduga ke sekolah yang Mummy dan Daddy nak. FORTUNATELY. Jahilnya aku waktu itu. Akhirnya dapat tawaran ke sebuah sekolah kerajaan yang terletak satu jam setengah dari rumah. Jauh laa sikit dari sekolah rendah dan tadika dulu. Tapi aku suka. Sebab duduk asrama. Mula-mula tengok surat tawaran memang blank. Tak pernah dengar pon nama sekolah tu ! Sekolah SMKA. Sekolah di kawasan yang 'agak' kampung. 15 minit dari bandar.

Sekolah agama jugak aku akhirnya. 

Habis PMR. Sekali lagi konflik melanda. Tapi kali ni 5% je. Pada mulanya aku cukup yakin dan nekad dengan pendirian aku untuk stay di situ (SMKA**). Konflik timbul apabila aku mendapat tawaran ke salah sebuah SBPI di Pekan. Sekolah berprestasi Tinggi. Seingat aku, aku tidak melengkapkan borang permohonan ke SBP dengan betul. Sijil-sijil penting, malah tandatangan pengetua pon aku tak ambil. 

Tapi alhamdulillah, aku kekal dengan pendirian aku untuk stay di situ, walaupon sebenarnya goyah jugak, SBT kot !

Selepas dapat Keputusan SPM, konflik. Again. Pilihan kos untuk biasiawa dan UPU. Aerospace ialah minat dan cita-cita aku. Tapi tiada dalam senarai kos yang ditawarkan samada untuk biasiawa mahupun UPU. Pening lagi. Akhirnya isi cincai-cincai je. Akaun, Mechanical Engineering, Mathematics dan segala bagai kos lagi yang aku rasa macam boleh carry on. Alahai.

Sekarang. Keliru antara Matrikulasi atau IPTA. Matrikulasi membawa kepada impian aku, tetapi tidak bagi IPTA tersebut. But, both Mummy dan Daddy sarankan aku ke IPTA.

Completely dalam dilema.

K. Rilex jap. Kosongkan minda. Tarik nafas, hembus. 

Proceed.

Manusia. Hamba. Semakin jauh kita melangkah, semakin besar amanah di bahu. Semakin banyak kita belajar, semakin rumit permasalahan yang timbul. Itu kita. Setiap keputusan yang perlu kita buat sebenarnya mendidik diri untuk menjadi lebih matang. Kerana hakikatnya, setiap keputusan yang dibuat akan datang bersama kesan dan hikmah yang tersendiri. 

Dua tiga hari yang lalu, kerunsingan aku mungkin tentang pilihan masa depan aku. Antara dua. A atau B ? Aku dah limit-kan minda aku kepada dua pilihan. Seolah-olah dalam dunia ini hanya ada merah dan biru. Jika merah yang dipilih, maka bye bye biru dan vice versa. Sedangkan terdapat beribu lagi pilihan di luar. kuning, jingga, ungu, violet, hijau, merah, kelabu and etc. 

Tapi yang paling penting, kita mesti ingat satu perkara. Semua warna-warni yang ada dalam dunia ini datang dari satu sumber, cahaya. Sejauh mana pon kita melangkah, kita perlu ingat bahawa kita hamba. Hamba kepada si Dia. Allah. Pilihlah mana-mana warna yang anda suka, pilih. Tapi ingat, di hujung perjalanan kita, kita akan kembali pada-Nya. As for me, aku mula belajar erti tawakkal. Tawakkal dalam membuat suatu keputusan. Aku tak tahu dan takkan pernah tahu bagaimana perjalanan yang Allah telah aturkan buat aku. Tapi aku pasti dan aku cukup yakin, Allah akan memandu aku ke jalan-Nya.

Mungkin sebelum ini aku buat solat sunat istikharah kerana bimbang akan masa depan aku. Apa aku akan jadi bila besar nanti  ? Adakah aku akan berjaya dengan pilihan yang akan aku buat ? Tapi satu aku perlu ingat, Pilihlah mana-mana kos sekalipun, yang penting jangan tinggal Allah. Kerana kehidupan di dunia ini sementara, fana', tak kekal. 

Mulai saat ini, aku perlu betulkan niat dan pemikiran aku. Lakukan istikharah untuk membimbing diri yang lemah ke arah redha Allah. Pilihan mana yang akan bawa aku ke syurga ? Pilihan mana yang akan bawa aku ke arah pembinaan ummah ? Pilihan mana akan menjadikan aku seorang hamba yang tak pernah lelah mengejar cinta Allah dan Rasul, Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Moga Allah redha. =)













No comments:

Post a Comment