Thursday, 18 September 2014

Sakit yang indah.

Assalamualaikum.

*Tenyeh mata*

*Lap hingus*

*Garu kepala*

*Picit kepala*

*Batuk-batuk*

*Bersin*

.....tidur.....

Allah. Resdung datang balik. Sakit. Perit. Rancangan nak buat homework chemistry mungkin tak menjadi. Sigh.

Malam. Gelap. Sunyi.

Aku terbaring di atas katil. Mengharapkan sedikit rehat setelah seharian memerah otak menuntut ilmu.

Diam. Dada aku pegang. Perit. Setiap kali nafas ditarik, Sakit.

Ingin sahaja aku lelapkan mata. Letih. Penat.

Allah. Dulu di sekolah, aku adalah antara yang tak pernah ke klinik. Sakit yang paling teruk hanyalah demam, diiringi batuk dan selesema. Paling lama 3 hari, mungkin.

Tapi bila dah masuk universiti ni, lain pula jadinya. Hampir setiap hari aku gatal-gatal mata. Dan kemudian bersin-bersin. Then batuk dan yang seterusnya.

Resdung makin teruk nampaknya. Sampai tahap rambut gugur. Allah.

*Batuk*

Diam. Aku termenung. Memandang kosong siling putih berhiaskan lampu pendafluor. Lama. Nafas kutarik perlahan-lahan. Tenang.

Allah. Allah. Allah.

Aku kenang kembali aktivitiku sepanjang hari ini. Penuh dengan dosa. Allah.

Aku imbas kembali solat lima waktuku. Allah.

Bacaan al-Quran ? Hanya al-Kahfi.

Puasa sunat ? Tidak. Kononnya dahagakan air kosong. Bimbang badan dehydrate. Lapuk. Alasan tak masuk akal.

Allah.

Aku pejamkan mata,

"Allah. Andai dengan kesakitan ini mampu menghapuskan dosa-dosaku yang menggunung tinggi itu, terima kasih ya Allah."

Lantas bibir mula mengukir sebuah senyuman. Tenang. Tiada lagi keperitan yang aku rasa. Semuanya bagaikan hilang dan pergi begitu sahaja.

Allah. Hanya engkau yang maha mengetahui setinggi mana dosaku pada-Mu. Hanya engkau yang tahu akan aib diriku.

Allah. Setiap perkara yang berlaku dalam hidupku ini rupa-rupanya suatu tanda, bahawa engkau menginginkan aku supaya dekat dengan-Mu. Supaya aku sedar, sesungguhnya aku ini insan yang lemah tak berdaya tanpa-Mu.

Allah. Di saat aku lalai dan tenggelam dalam keasyikan duniawi, engkau menyampaikan salam rindu-Mu kepadaku, agar aku kembali mengingati-Mu.

Allah. Indahnya sakit yang aku rasakan ini. Kerna pada sakit itu, aku dapat merasai belaian-Mu. Aku dapat merasai kasih sayang-Mu kepada hamba yang penuh dosa ini.

Allah. Pada detik ini, aku bersyukur. Aku bersyukur kerna masih dapat merasai nikmat hidayah-Mu. Meski aku sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat, Engkau menghulurkan salam taubat kepadaku di saat aku jatuh tersungkur.

Terima kasih ya Allah. =)

-Fytroe-

No comments:

Post a Comment