Friday, 26 September 2014

Berniqab

Dari dulu lagi aku ada menyimpan hasrat untuk berpurdah.

Tapi aku takut.

Takut aku menjadi fitnah kepada muslimah lain yang berpurdah.

Takut dipandang serong oleh masyakat.

Takut takde kawan.

Tapi semalam, aku pergi satu program di Kuala Lumpur. Dan hampir separuh dari peserta program tu merupakan muslimah yang berniqab. Tak semena-mena terbit rasa kagum pada mereka.

Aku juga ingin berpurdah.

Ditakdirkan, dalam group aku ada 3 orang peserta yang berniqab. Ditambah dengan kakak fasi yang juga berpurdah, so total 4 orang.

Sepanjang program tu, aku perhatikan aje dyeorang ni. Tutur kata. Pergaulan. Tingkah laku. Semua. Dari atas ke bawah.

Ada seorang adik ni, umurnya 16 tahun. Dah berniqab. Time makan, aku tanya laa sikit2. Kenapa pakai niqab ? Sejak bila berniqab ni ?

Katanye baru lagi. Dan dia berniqab sebab dia rasa macam nak berniqab.

Mula-mula tu macam terkejut jugak. Sebab, macam, amboii senangnye. Aku bertahun-tahun hajat nak pakai niqab tapi tak tercapai.

Pastu bila fikir balik, memang la senang. Cuma aku yang tak berani. Penakut. Pengecut.

Pastu aku fikir lagi sekali.

Ermm. Sepanjang aku perhatikan dyeorang, dyeorang semua takde lah syadid sangat. Dyeorang ade je sembang2 ngan muslimin. Dyeorang ade je duduk satu bangku ngan muslimin. Dyeorang pon masih belajar. Macam aku. Dyeorang pon ade juga buat salah. Macam aku. Dyeorang pon kadang-kadang terlupa. Macam aku.

Ya. Aku belajar sesuatu dari mereka. Kalau nak buat sesuatu, buatlah. Tak perlu tunggu masa yang sesuai ke apa. Tak perlu tunggu semuanya perfect baru nak buat.

Bagi aku, dyeorang berani. Dyeorang yakin dengan keputusan dyeorang. Bila dyeorang nak buat sesuatu, dyeorang buat.

Hmm. Dan aku kat sini. Masih berkira-kira untuk kumpul kekuatan untuk berniqab. Doakan aku ye.

Fytroe =)

Thursday, 18 September 2014

Sakit yang indah.

Assalamualaikum.

*Tenyeh mata*

*Lap hingus*

*Garu kepala*

*Picit kepala*

*Batuk-batuk*

*Bersin*

.....tidur.....

Allah. Resdung datang balik. Sakit. Perit. Rancangan nak buat homework chemistry mungkin tak menjadi. Sigh.

Malam. Gelap. Sunyi.

Aku terbaring di atas katil. Mengharapkan sedikit rehat setelah seharian memerah otak menuntut ilmu.

Diam. Dada aku pegang. Perit. Setiap kali nafas ditarik, Sakit.

Ingin sahaja aku lelapkan mata. Letih. Penat.

Allah. Dulu di sekolah, aku adalah antara yang tak pernah ke klinik. Sakit yang paling teruk hanyalah demam, diiringi batuk dan selesema. Paling lama 3 hari, mungkin.

Tapi bila dah masuk universiti ni, lain pula jadinya. Hampir setiap hari aku gatal-gatal mata. Dan kemudian bersin-bersin. Then batuk dan yang seterusnya.

Resdung makin teruk nampaknya. Sampai tahap rambut gugur. Allah.

*Batuk*

Diam. Aku termenung. Memandang kosong siling putih berhiaskan lampu pendafluor. Lama. Nafas kutarik perlahan-lahan. Tenang.

Allah. Allah. Allah.

Aku kenang kembali aktivitiku sepanjang hari ini. Penuh dengan dosa. Allah.

Aku imbas kembali solat lima waktuku. Allah.

Bacaan al-Quran ? Hanya al-Kahfi.

Puasa sunat ? Tidak. Kononnya dahagakan air kosong. Bimbang badan dehydrate. Lapuk. Alasan tak masuk akal.

Allah.

Aku pejamkan mata,

"Allah. Andai dengan kesakitan ini mampu menghapuskan dosa-dosaku yang menggunung tinggi itu, terima kasih ya Allah."

Lantas bibir mula mengukir sebuah senyuman. Tenang. Tiada lagi keperitan yang aku rasa. Semuanya bagaikan hilang dan pergi begitu sahaja.

Allah. Hanya engkau yang maha mengetahui setinggi mana dosaku pada-Mu. Hanya engkau yang tahu akan aib diriku.

Allah. Setiap perkara yang berlaku dalam hidupku ini rupa-rupanya suatu tanda, bahawa engkau menginginkan aku supaya dekat dengan-Mu. Supaya aku sedar, sesungguhnya aku ini insan yang lemah tak berdaya tanpa-Mu.

Allah. Di saat aku lalai dan tenggelam dalam keasyikan duniawi, engkau menyampaikan salam rindu-Mu kepadaku, agar aku kembali mengingati-Mu.

Allah. Indahnya sakit yang aku rasakan ini. Kerna pada sakit itu, aku dapat merasai belaian-Mu. Aku dapat merasai kasih sayang-Mu kepada hamba yang penuh dosa ini.

Allah. Pada detik ini, aku bersyukur. Aku bersyukur kerna masih dapat merasai nikmat hidayah-Mu. Meski aku sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat, Engkau menghulurkan salam taubat kepadaku di saat aku jatuh tersungkur.

Terima kasih ya Allah. =)

-Fytroe-

Wednesday, 17 September 2014

Harapan itu sentiasa ada.

Assalamualaikum.

Petang. Dingin. Tenang.

Aku duduk di suatu sudut. Merenung. Jauh.

Lantas aku terfikir, "sampai bila ?". Sampai bila aku nak lari ? Sampai bila aku nak lari dari masalah ? Masalah itu lumrah. Masalah itu, semua orang ada.

"Habis kenapa aku lihat semua orang bagaikan tenang dan bahagia menghadapi hidup ini ? Mereka seolah-olah tidak punya masalah. Mengapa aku tak bisa bahagia seperti mereka semua ?"

Kerana mereka berani menghadapi masalah mereka. Mereka berusaha mencari jalan penyelesaian. Bukannya lari.

"Tapi aku tak kuat. Aku tak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah."

Manusia itu sememangnya lemah. Tak ada yang kuat. Tapi, manusia itu punyai tempat kembali untuk memohon kekuatan- Allah ! Di mana kau campakkan Allah dalam kehidupan kau selama ini ?

" Aku sentiasa letakkan Allah itu dekat denganku. Aku solat dan aku mengaji. Kadang aku berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis. Habis, mengapa aku tak bisa mendapat kekuatan itu ?"

Solat itu, perlulah didirikan di awal waktu. Dengan khusyuk. Dengan Ikhlas. Adakah solatmu begitu ? Al-Quran itu bukan untuk ditatap sahaja tulisannya. Tapi untuk dihayati dan difahami maknanya. Apakah kau pernah mentadabbur al-Quran ? Dan puasa itu bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum tapi menahan segala anggotamu dari berbuat maksiat. Apakah solatmu, bacaan al-Quranmu dan puasamu sepertimana yang aku gambarkan ?

"Aku tak mampu. Aku tak mampu. Aku tak mampu laksanakan semua itu, kerna aku tahu imanku lebih nipis dari kulit bawang. Kerna aku tahu aku orang yang sentiasa melakukan dosa."

Habis, kau mahu terus merintih begitu ? Mengharapkan hidayah dan bantuan Allah akan datang kepadamu tanpa usaha ? Kau silap !

"Lantas apa yang harus aku lakukan ? Aku buntu. Aku seperti seseorang yang berada di tengah-tengah lautan. Aku keliru. Aku sudah tak punya harapan."

Pulang. Pulang pada Dia. Pulanglah sementara kau masih ada masa.

"Aku cuba. Tapi aku tak kuat. Aku... aku dah penat. Aku ingin biarkan sahaja diri ini dilambung ombak. Biarlah aku hanyut. Aku sudah tak punya tenaga untuk mencari secebis harapan"

Wahai diri, Allah itu dekat. Dekat sangat. Bahkan Allah mendengar segala isi hatimu ini. Tidakkah kau malu, wahai diri ? Menangis kerna tak punya harapan, sedangkan Allah itu sentiasa menantimu untuk kembali kepada-Nya. Jika kau mahu menangis dan merintih, mengapa tidak kau lakukan dihadapan-Nya ? Mengapa kau memilih untuk menangis sendiri ? Saat kau rebah, ingatlah, Allah itu dekat. Allah itu dekat. Allah itu dekat. Mengadulah pada-Nya. Tangisi nasibmu di hadapan-Nya. Moga kau bisa kuat menghadapi kehidupan.

Allah. Allah. Allah. Kurniakan aku kekuatan. Sungguh, aku sudah tak berdaya lagi...

-fytroe-